Berita

Berita Baik Buat Penggemar Kereta EV, Jenama Ini Hadir Dengan Harga Bawah RM100k!

Share

Malaysia kini banyak menerima persaingan untuk model kereta EV di pasaran. Terbaharu, Tesla dan Hyundai giat bersaing untuk menghasilkan model EV terbaharu dengan spesifikasi yang berbeza dan canggih. Tidak semua rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta tersebut dengan anggaran harga yang hampir ke RM200,000 Malaysia. Usah risau, kini Malaysia mempunyai pasaran kereta EV yang penulis jamin rakyat Malaysia masih mampu untuk memilikinya.

BYD telah merasmikan BYD Dolphin dengan harga di bawah RM100,000. Sebelum ini model pertama yang dikeluarkan, Atto 3 juga turut mendapat sambutan dan boleh lihat banyak di jalan raya berbanding dengan model EV yang lain.

Dengan harga yang bermula RM99,999 untuk varian BYD Dolphin Dynamic Standard dan RM124,900 untuk varian BYD Dolphin Premiun Extended, kereta ini menawarkan jaminan 6 tahun/150,000 KM seperti model sebelumnya.

Untuk varian Dynamic Standard, ia memiliki output motor tunggal  pada paras 70kw(95hp) dengan tork setinggi 180Nm dan jarak perjalanan sejuah 340km berdasarkan piawaian WLTP. Varian Premiun Extended juga menggunakan motor tinggal yang menghasilkan 150kw(204hp) dengan tork pada paras 310Nm dan jarak perjalanan 427km.

Kredit foto : Facebook Davis Lim Tiong Hean

Dari segi jaminan bateri, BYD Dolphin memberi jaminan 8 tahun atau 160,000km dan untuk unit pemacu diberi jaminan 8 tahun atau 150,000km. Selain itu, ciri keselamatan yang hampir sama dengan EV yang lain juga turut disertakan seperti :

1.6 beg udara

2.Auto High Beam

  1. Blind Spot Detection (BSD)
  2. Rear Cross Traffic Brake (RCTB)
  3. Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  4. Rear Collision Warning (PCW)
  5. Automatic Emergency Braking System (AEBS)
  6. Lane Change Collision Warning (LCW)
  7. Lane Departure Prevention (LDP)
  8. Lane Keeping Support (LKS)
  9. Lane Departure Warning (LDW)
  10. Adaptive Cruise Control (ACC)
  11. Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  12. Traction Control System (TCS)
  13. Electronic Stability Control (ESC)
  14. Electric Parking Brake System (EPB)
  15. Anti-Lock Braking System (ABS)
  16. Kamera Keliling 360

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat model ini, anda boleh ke 1 Utama Shopping Centre di Bandar Utama Petaling Jaya bermula 28 julai sehingga 30 julai 2023.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi