Buat penggemar kereta berkuasa elektrik, Porsche Holding Salzburg Automotive Malaysia Sdn Bhd (PHSAM) sedang mengadakan kempen pameran kereta elektrik bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur bermula 14 hingga 20 Ogos ini.

Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
Kredit Foto: zigwheels.my

Model yang diperkenalkan adalah dari barisan model e-tron yang terkini termasuk dari varian e-tron GT quattro dan RS e-tron GT. Ruang pameran terletak di Centre Court, aras 2 Pavilion Kuala Lumpur.

Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
Kredit Foto: businesstoday.com.my

Sejak dilancarkan pada 2018, penerimaan orang ramai sangat memberangsangkan terutama bagi model Q8 e-tron dan Q8 e-tron Sportback. Dikatakan kedua-dua tempahan varian tersebut sudah penuh untuk pasaran Malaysia.

Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
Kredit Foto: careta.my

Menurut Pengurus Jenama PHSAM, Suresh Dorai, walaupun tempahan telah penuh, mereka yang ingin membeli mana-mana model EV boleh membuat tempahan juga sementara pihak PHSAM cuba untuk dapatkan lagi stok bagi pasaran negara ini.

Ads

Untuk varian e-tron GT, ia dilengkapi dengan pek bateri 93.4 kWh dengan jarak perjalanan sehingga 458 km untuk sekali pengecasan. Model ini juga, dipacu oleh motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semula roda Quattro.

Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
Kredit Foto: dsf.my

E-tron GT Quattro mampu menghasilkan kuasa 469 hp dan 630 Nm dan mampu memecut 0-100 km/j dalam 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 245 km/j. Penggunaan mod Launch Control, akan meningkatkan kuasa menjadi 523 hp dan 640 Nm.

Ads
Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
Kredit Foto: topcarnews.net

Bagi varian RS e-tron GT, ia menghasilkan kuasa 590 hp dan 830 Nm. Namun varian ini diberi mod tambahan yang mana kuasa bateri menjadi 475 kW atau 637 hp dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.3 saat.

Ads
Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
Kredit Foto: dsf.my

Harga jualan yang ditawarkan di Malaysia bagi segmen e-tron bermula daripada RM383,990 untuk model Q8 e-tron advanced 50 quattro sehingga RM787,990 untuk model RS e-tron GT.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI