Setelah melebihi sepuluh dekad penubuhan Art of Speed Malaysia atau Kelab Seni Kelajuan Malaysia, pada tahun 2023 mereka hadir sekali lagi tahun ini dengan penganjuran yang lebih berprestij dan penuh dengan kelainan berbanding tahun sebelumnya.Dibawakan khas oleh BRO ASIA, Art of Speed dengan tema “Raikan Beza Mu”, akan diadakan di MAEPS Serdang pada 29 sehingga 30 Julai 2023 bermula daripada jam 10 pagi sehingga 7 malam.
Acara kali ini merupakan penganjuran yang terbesar dengan mengambil tempat seluas 350,00 kaki persegi ruangan tertutup dan 8.6 ekar ruang luar dan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung.
Antara yang menarik adalah adalah konvensyen pengumpul Hot Wheels yang pertama diadakan di Asia Tenggara. Peminat tegar Hot Wheels boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti Swap, Buy and Sell, sesi perkongsian pengumpul dan pertandingan Kustom Hot Wheels. Selain itu pengunjung juga dapat beramah mesra dengan pereka Hot Wheels terkenal, Matt Gabe yang berasal dari Amerika Syarikat.
Sempena ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel bekerjasama dengan jenama automotif nasional PROTON untuk mencipta kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama. Disamping itu kereta Konvesyen Rasmi Hot Wheels edisi terhad akan dikeluarkan bersama- sama kemeja-t edisi terhad dan kedua – duanya dilesenkan oleh Hot Wheels.
Bagi peminat modifikasi kereta, Dewan C adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.
Jenama fesyen terkenal VANS akan bekerjasama dengan Art of Speed dengan menampilkan kasut edisi terhad dan “Coffee Table Book” khas Art of Speed sempena ulang tahun kesepuluh acara ini. VANS juga akan menyediakan taman mini untuk bermain skateboard dan basikal BMX secara percuma untuk digunakan di dewan DG bersebelahan Food Park.
Bagi peminat muzik Ska dan Punk Rock, 10 kugiran muzik akan membuat persembahan di SoundCircus Festival termasuk kumpulan music daripada Bali Indonesia, Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness, MC16 dan banyak lagi. Acara ini akan berlangsung bermula daripada 29 julai dari jam 4 petang sehingga lewat malam. Mosh Pit adalah dibenarkan dan disyorkan.
Bagi pengunjung yang ingin hadir, ada boleh dapatkan tiket anda secara pembelian di atas talian melalui laman sesawang rasmi www.artofspeedmy.com dan harga tiket bermula daripada RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang pas OKU adalah PERCUMA. Jika anda ingin meluangkan masa lebih lama di sana, anda boleh membeli pas Speed Lane dengan harga RM60 dan anda dibenarkan untuk masuk satu jam lebih awal ke dewan pameran.
Lebih menarik, untuk pemegang tiket Art of Speed, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah Toyota Celica 1979 milik Encik Asep Ahmad Iskandar, pengasas Art of Speed serta sebuah motosikal Honda e-DAX. Cabutan akan dilakukan pada hari ahad 30 julai 2023.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di instagram, youtube dan Tik Tok.