Berita

Ahli Terbaharu Segmen Gazoo Racing, Toyota Corolla GR Sport 2023 Tampil Garang!

Share

UMW Toyota telah memperkenalkan secara rasmi model sedan segmen C dalam varian Gazoo Racing, iaitu Corolla GR Sport 2023 pada Ahad lalu. Penambahan model sedan sporty ini memeriahkan lagi segmen GR sedia ada seperti Corolla Cross GR Sport dan Hilux GR Sport yang diperkenalkan sebelum ini.

Kredit Foto: Zigwheels.my

Dari segi kuasa, Corolla GR Sport masih menggunakan enjin empat silinder sebaris 1.8 liter jenis 2ZR-FE dengan sebaran kuasa sehingga 138 HP dengan daya kilas 172 Nm. Turut dikekalkan adalah transmisi jenis CVT pacuan roda hadapan.

Kredit Foto: Zigwheels.my

Sistem suspensi juga telah ditambah baik untuk model GR Sport dimana penyerap hentak (absorber), peredam(damper) dan bar anti oleng(anti roll bar) diberi nafas baru sekaligus menawarkan pemanduan yang lebih agresif berbanding model biasa.

Kredit Foto: Mekanika Malaysia

Untuk sudut luaran, Corolla GR Sport dipadankan dengan kit badan yang lebih sporty secara keseluruhannya. Antara perubahan yang dihasilkan adalah bampar depan dengan bukaan bawah yang lebih luas, liang udara palsu di bahagian sudut, rim aloi dwi tona bersaiz 18 inci, kit sisi tepi dan belakang dengan diffuser.

Kredit Foto: Zigwheels.my

Bagi bahagian dalaman pula, mereka menerapkan elemen GR dengan jahitan warna merah pada panel pintu dan tempat duduk, logo GR turut dijahit pada bahagian perehat kepala, manakala, butang pandu turut mempunyai elemen GR, skrin digital penuh turut diberi ciri baharu iaitu paparan head-up.

Kredit Foto: Zigwheels.my

Harga yang ditawarkan bagi model Toyota Corolla GR Sport 2023 bermula dari RM152,800. Manakala, untuk Corolla standard harga jualan bermula dari RM139,800.

Kredit Foto: Zigwheels.my

Menurut UMW Toyota, mereka turut menambah baik model Corolla standard dengan pemasangan rekaan jeriji dan rim yang dikemaskini, serta skrin kluster digital penuh bersaiz 12.3 inci.

Kredit Foto: Zigwheels.my

UMW Toyota juga akan menganjurkan ‘road show’-Showroom Weekender bermula dari 8 hingga 10 September ini di sekitar Semenanjung Malaysia dan 23 dan 24 September di timur Malaysia.

Kredit Foto: Zigwheels.my

Pelanggan yang berminat boleh melihat dengan lebih teliti model Corolla GR Sport di 51 cawangan yang terpilih atau Corolla G di 24 cawangan yang terpilih. Untuk maklumat lanjut layari www.toyota.com.my/en/contact-us/find-a-dealer .

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan