XinWeiQi telah memperkenalkan produk terbarunya dalam industri motosikal dengan penciptaan jenama motosikal baru bernama X-Wedge. Jenama ini dengan serta-merta memperkenalkan lima model motosikal yang mengagumkan. Menariknya, setiap satu model ini hadir dengan enjin berkuasa 2000 cc.

Motosikal ini bukan sahaja sebagai bukti kesungguhan XinWeiQi tetapi juga sebagai salah satu refleksi komitmen mereka terhadap inovasi dan kecemerlangan. Setiap model telah direka teliti dengan mempertimbangkan keperluan pelbagai peminat motosikal.

X-Wedge juga telah bergabung dengan S&S Cycle yang berpangkalan di AS melalui perkongsian strategik. Kerjasama ini membolehkan X-Wedge mengambil aset teknikal dari S&S Cycle dan memastikan bahawa motosikal yang dihasilakn bukan sahaja kuat tetapi juga boleh dipercayai dan dilengkapi dengan teknologi terkini.

5 Model Dilancarkan Serentak, XinWeiQi Memperkenalkan Jenama Motosikal Baru X-Wedge

Salah satu daripada 5 model tersebut adalah Ranger RX2000 dan Rover RL2000.Rover RL2000 adalah motosikal yang sesuia untuk  perjalanan jarak jauh dan ia dilengkapi dengan ruang penyimpanan bagasi tambahan untuk memastikan penunggan mempunyai ruang yang cukup untuk barang-barang mereka. Tambahan pula, penunggang akan ditawarkan dengan skrin LCD berwarna penuh 7 inci dan sistem audio JBL premium bagi meningkatkan pengalaman menunggang.

Ads

5 Model Dilancarkan Serentak, XinWeiQi Memperkenalkan Jenama Motosikal Baru X-Wedge

Walker WR1000 adalah motosikal tiga roda yang mempunyai kapasiti enjin 2000 cc yang pertama untuk China. Dengan ketinggian tempat duduk 620 mm, Walker WR1000 direka untuk kestabilan. Tiga roda memberikan satu keseimbangan tambahan, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk suami dan isteri.

5 Model Dilancarkan Serentak, XinWeiQi Memperkenalkan Jenama Motosikal Baru X-Wedge

Ads

Voyager VS2000 adalah motosikal tiga roda yang dilengkapi dengan sidecar. Ia menonjol dengan kuasa enjin yang tinggi, kapasiti muatan yang sangat luas dan rekabentuknya sangat eye catching kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

5 Model Dilancarkan Serentak, XinWeiQi Memperkenalkan Jenama Motosikal Baru X-Wedge

Ads

Motosikal tiga roda ini unik dengan dua roda belakangnya diberi nama Vanguard VT2000. XinWeiQi telah melabelkannya sebagai permata mahkota dalam barisan X-Wedge dan mereka memuji rekabentuknya yang luar biasa dan unik.

Kelima-lima model ini menandakan batu loncatan yang signifikan untuk XinWeiQi dan jenama X-Wedge. Peminat motosikal boleh menantikan gabungan kuasa, rekabentuk dan inovasi dengan tawaran baharu ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI