Automotif

Zontes Umumkan Motosikal ‘Adventure’ ZT-703F

Share

Sebagai usaha memperluaskan rangkaian produknya dalam segmen motosikal adventure, Zontes Motorcycles kini memperkenalkan prototaip motosikal ‘adventure’ ZT-703F.

Dijangka akan muncul di pasaran menjelang penghujung tahun 2024, ZT-703F dilihat cukup menonjol dengan enjin 699cc. Ia sekali gus menandakan Zontes kini mula menghasilkan motosikal yang lebih berkuasa daripada kategori sedia ada iaitu 125 sehingga 350cc.

Enjin tiga silinder ‘liquid coolent’ sepenuhnya baru ini telah dikaji sejak 2021 dan bakal menjanjikan pengalaman pemanduan yang pastinya berbeza. ZT-703F adalah sebahagian daripada sepasang motosikal bersama dengan saudara kandungnya, ZT-703RR. Kedua-dua prototaip ini dipamerkan pada akhir 2023, menandakan hasrat Zontes untuk bersaing dalam kategori berkuasa tinggi.

Kredit Foto : motorcyclenews.com

Walaupun butiran khusus mengenai kedua-dua model masih agak terhad, Zontes mendakwa enjin 699cc memberikan kuasa puncak 100bhp pada 9000rpm dan tork puncak 63lbft pada 7200rpm. Secara perbandingan, ini menempatkan Zontes sebagai pesaing langsung kepada jentera Tiger 900 terkini daripada Triumph, walaupun Zontes mungkin tidak mencapai tahap kualiti dan teknologi yang sama.

ZT-703RR, dengan kelajuan yang sedikit lebih tinggi, mempunyai kuasa puncak sebanyak 110 kuasa kuda pada 11,000rpm tetapi dengan tork puncak yang sedikit berkurang sebanyak 55lbft pada 8600rpm. Kedua-duanya dilaporkan sepenuhnya mematuhi piawaian Euro5+, memenuhi piawaian emisi terkini.

Rangka diperbuat daripada cast alloy twin-spar frame dengan cast alloy swingarm yang sepadan, memastikan keseimbangan pada kekuatan dan kecekapan. Suspensi hadapan menggunakan fork terbalik yang kukuh dan monoshock yang boleh dilaras di bahagian belakang.

Kredit Foto : motorcyclenews.com

Sistem brek terdiri daripada cakera berkembar dipegang oleh caliper empat-piston Brembo. Roda, dihiasi dengan alloy-rimmed cross-spoke wires yang menggunakan tayar tanpa tiub dan hadir dalam diameter 19inci/17inci.

Di dalam kemasan badan yang pintar dan bergaya, pemandu akan menemui paparan TFT yang besar. Prototaip yang dipamerkan ini termasuk ciri-ciri praktikal seperti centerstand, crashbar, dan peti pannier.

BACA: AVETA Malaysia Perkenalkan Aveta Service Corner, Inisiatif Buat Pemilik Motosikal

 

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi