Zontes Malaysia Lancar Zontes 350 Scooter Series. Model Skuter Lengkap Teknologi Dan Ciri Premium

Share

Hari ini, Zontes Malaysia telah melancarkan model skuter baharu yang sangat popular di pasaran eropah dan sebahagian negara Asia. Lengkap dengan teknologi terkini dan pelbagai ciri-ciri premium, model ini dijangka terjual seperti pisang goreng panas.

 

Zontes 350E, Kredit: zontesmalaysia.com

Untuk pasaran Malaysia, Skuter Zontes 350 Series hadir dengan dua varian iaitu 350D dan 350E. Kedua-dua varian mempunyai tujuan yang berbeza bergantung kepada keperluan penunggangnya.

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Dari segi prestasi, kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 349cc sejukan cecair dengan suntikan bahan api silinder tunggal. Menghasilkan 36 kuasa kuda dengan daya kilas 38Nm skuter ini menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT).

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Setiap skuter akan diberi waranti am selama 2 tahun atau 20,000km jarak tempuh dan juga waranti komponen enjin selama 3 tahun atau 30,000km jarak tempuh, tertakluk kepada terma dan syarat.

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Bagi varian skuter Zontes 350D, ia direka untuk mobiliti dalam bandar yang mana badan skuter kelihatan ‘slim’ dengan berat hanya 190 kilogram. Tangki minyak 12-liter mampu mengerakkan skuter sejauh 400 kilometer dalam mod Eco.

Zontes 350E, Kredit: zontesmalaysia.com

Dari segi pengendalian, Zontes menekankan bahawa ia lebih tangkas dengan suspensi lebih selesa, pikap lebih bagus dan juga penjimatan minyak yang meyakinkan. Warna yang ditawarkan untuk varian 350D adalah warna perak dan hitam sahaja.

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Untuk varian 350E, ia direka untuk kesesuaian perjalanan jarak jauh dengan jarak roda lebih panjang iaitu 1,565mm berbanding 350D dengan jarak roda 1,405mm. Tangki bahan api juga lebih besar daripada 350D iaitu seluas 16 liter.

Zontes 350E, Kredit: zontesmalaysia.com

Tangki penuh varian 350E akan mampu mengerakkan skuter ini sejauh 457 kilometer, manakala beratnya ialah 203 kilogram. Dalam pada itu, ruang kargo tempat duduk mempunyai kapasiti sebesar 50 liter, sebagai anggaran, ia mampu memuatkan dua biji helmet ‘full face’.

Zontes 350E, Kredit: zontesmalaysia.com

Bagi ruang penyimpanan hadapan, ia direka kalis air dan mampu memuatkan empat botol air bersaiz 500ml, manakala hendal aloi aluminium boleh laras, membolehkan penunggang memilih cara tunggangan yang sesuai mengikut situasi.

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Selain itu, bahagian pemegang hendal dilengkapi dengan ciri pemanas tangan yang amat sesuai bagi mereka yang menunggang ketika hujan atau menuju destinasi ke kawasan sejuk. Warna yang ditawarkan bagi varian 350E hanyalah putih dan hitam sahaja.

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Di samping itu, kedua-dua varian didatangi dengan keyless system dengan skrin meter TFT 6.7 inci dan juga penahan angin elektronik boleh laras. Skuter ini juga mempunyai dua tempat pengecasan pantas 18W jenis A & C.

Zontes 350D, Kredit: zontesmalaysia.com

Ciri keselamatan yang datang dengan standard bagi kedua-dua varian termasuklah brek cakera depan & belakang, sistem brek ABS, sistem kawalan cengkaman, system pemantauan tekanan tayar dan juga lampu LED OSRAM ultra.

Menurut Zontes Malaysia, mereka menyasarkan untuk penunggang yang berusia 31 tahun hingga 40 tahun. Harga yang ditawarkan di Malaysia bermula RM23,800 untuk varian 350D manakala varian 350E bermula pada harga RM25,800.

Zontes 350E, Kredit: zontesmalaysia.com

Info tambahan, Zontes Malaysia ada menganjurkan peraduan “Memorable Memories Together” buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai siri skuter 350 ini. Peraduan berlangsung dari 15 Ogos hingga 17 September 2023.

Zontes 350E, Kredit: zontesmalaysia.com

Untuk maklumat lanjut tentang motosikal Zontes di Malaysia, anda boleh layari www.zontesmalaysia.com.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan