Zero Motorcycles telah mengangkat model SR/S sebagai motosikal terbaik dalam barisan motosikal keluaran mereka.
Dengan peningkatan kecekapan sebanyak 13 peratus berbanding model lain dalam keluarganya, SR/S menonjol dengan reka bentuk aerodinamik yang memaksimumkan kelebihan ini, dan mempunyai kelajuan maksimum melebihi 160 km/j.
Motosikal ini bukan sahaja pantas, tetapi juga menawarkan tindak balas yang mengagumkan walaupun pada kelajuan tinggi.
Beberapa ciri elektronik canggih turut disertakan untuk memastikan motosikal ini berada dalam kawalan anda.
Zero SR/S menampilkan kawalan dan kelajuan yang luar biasa. Anda boleh menggabungkan aksesori pengecas dan pilihan penyimpanan kuasa untuk memenuhi keperluan perjalanan anda, sama ada untuk jarak perjalanan yang lebih jauh atau masa pengecasan yang lebih pantas.
Zero SR/S 2024 menawarkan tork sebanyak 190 nm tork dan mampu mencapai jarak sehingga 275 km di bandar atau 187 km di lebuh raya dengan satu pengecasan penuh.
Motosikal ini menggunakan sistem transmisi pemacu terus tanpa klac, memberikan pengalaman tunggangan yang lancar tanpa perlu menukar gear.
Masa pengecasan bagi bateri motosikal ini adalah sekitar 2.7 jam untuk mencapai 100% pengecasan penuh, atau 2.2 jam untuk 95% pengecasan.
Dari segi ekonomi bahan api, ia mencapai 380 MPGe, menjadikannya salah satu motosikal elektrik yang paling efisien di pasaran.
Dengan kuasa kuda sebanyak 113 HP pada 5,600 RPM, Zero SR/S menawarkan prestasi yang mengagumkan bagi penunggang yang mencari kelajuan dan kecekapan.
Dilancarkan pada tahun 2020, Zero SR/S 2024 hadir dengan perubahan warna baru dan peningkatan kuasa kuda sebanyak tiga berbanding model sebelumnya.
Peningkatan ini memberikan penghantaran kuasa yang lebih cekap, menjadikannya pilihan ideal sebagai motosikal harian, motosikal untuk konvoi pada hujung minggu, atau kombinasi keduanya.
Zero SR/S 2024 menawarkan pengalaman pengendalian yang menyerupai motosikal sport 600 cc, dengan berat sekitar 518 paun.
Rangka perimeter daripada tiub keluli dan suspensi yang boleh disesuaikan memastikan tunggangan yang selesa dan prestasi maksimum.
Tayar Pirelli Diablo Rosso III memberikan cengkaman yang hebat, manakala sistem brek ABS daripada Bosch menyediakan ciri keselamatan yang penting.
Zero SR/S 2024 adalah pilihan yang menarik untuk mereka yang mencari motosikal elektrik berprestasi tinggi dengan teknologi terkini dan reka bentuk yang mengagumkan.
Dengan gabungan kelajuan, kuasa, dan kawalan yang menakjubkan, SR/S adalah motosikal yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja di jalan raya.
Sumber Artikel : zero motorcycles
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.