Yamaha Y15ZR 2025 Tampil Dengan Tiga Warna Baharu

Share

Yamaha Y15ZR 2025 Tampil Dengan Tiga Warna Baharu Harga – RM8,998

Yamaha Motor (Malaysia) mengumumkan kemas kini terbaharu bagi model popularnya, Yamaha Y15ZR, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu yang lebih segar dan bergaya iaitu Blue Spark, Aqua Violet, dan Mecha Green. Warna-warna ini memberi sentuhan moden dan dinamik kepada model kapcai prestasi tinggi tersebut, sesuai untuk penunggang muda yang mementingkan gaya serta prestasi.

Yamaha Y15ZR 2025 dengan warna baharu ini akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 6 November 2025, dengan harga jualan disyorkan RM8,998 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Sebagai tawaran istimewa, setiap pembelian turut disertakan dengan “disc lock” keselamatan Yamaha bernilai RM100, sebagai langkah tambahan untuk keselamatan motosikal anda.

Sejak diperkenalkan, Yamaha Y15ZR terus menjadi antara model paling digemari dalam segmen moped 150cc di Malaysia. Model ini dikuasakan oleh enjin 150cc satu silinder, SOHC, penyejukan cecair

, yang menghasilkan kuasa maksimum 11.3 kW pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm. Kombinasi prestasi dan kecekapan inilah yang menjadikan Y15ZR pilihan utama sama ada untuk kegunaan harian mahupun tunggangan jarak jauh.

Dengan tiga warna baharu yang lebih menonjol dan gaya yang kekal sporty, Yamaha Y15ZR 2025 bukan sekadar tampil segar dari segi rupa tetapi ia terus mencerminkan semangat “King of the Streets” yang sinonim dengan model ini.

Yamaha Y15ZR 2025

Blue Spark


Aqua Violet


Mecha Green

Bagi peminat moped Yamaha, inilah masa terbaik untuk menaik taraf tunggangan anda. Kunjungi pengedar sah Yamaha berhampiran dan alami sendiri pesona baharu Yamaha Y15ZR 2025

kombinasi gaya, prestasi, dan ketahanan dalam satu pakej menarik.

Baca Juga : Yamaha MT-09 2025 Kini Hadir Dengan Warna Baru Lightning Blue

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi