Transformasi Dinamik untuk Pengalaman Menunggang Terunggul
Yamaha TMAX Tech MAX 2025 hadir dengan reka bentuk baharu yang lebih tajam dan agresif, menonjolkan identiti sport premium yang lebih menarik.
Dengan peningkatan pada sistem bantuan elektronik dan panel meter yang lebih canggih, model ini mengukuhkan kedudukannya sebagai skuter sport terunggul daripada Yamaha.

Enjin 560cc dengan Low Emission
Dikuasakan oleh enjin 560cc, TMAX menawarkan prestasi yang lebih bertenaga dengan transmisi automatik yang mudah dikendalikan.
Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 47bhp pada 7000 rpm dan tork maksimum 5250 rpm.

Peningkatan pada sistem ekzos memastikan pelepasan emisi lebih rendah, menjadikannya mesra alam tanpa mengorbankan prestasi.
Sistem Bantuan Elektronik Termaju
TMAX Tech MAX kini dilengkapi sistem Brake Control (BC) yang dibangunkan daripada motosikal Supersport Yamaha.
BC berfungsi bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk memberikan kawalan optimum semasa membrek, terutama pada permukaan jalan licin atau ketika mengambil selekoh.

Tambahan pula, sistem D-MODE membolehkan penunggang memilih mod kuasa enjin mengikut keadaan jalan.
Traction Control pula memastikan cengkaman yang mantap dalam pelbagai situasi cuaca.

Reka Bentuk Baharu yang Dinamik
Model 2025 mempamerkan wajah baharu dengan lampu depan dwi-mata dan lampu posisi yang memberikan rupa sport yang lebih tajam.
Reka bentuk badan bahagian hadapan yang lebih ringkas menampilkan siluet kompak dan dinamik.

Manakala panel sisi ikonik ‘boomerang’ dan ekzos yang tinggi mengekalkan DNA sport yang menjadi keunikan TMAX sejak dahulu lagi.
Paparan TFT 7-Inci dengan Kesalinghubungan Dipertingkatkan
TMAX Tech MAX 2025 hadir dengan paparan TFT 7-inci yang menawarkan tiga susun atur berbeza untuk memenuhi keperluan informasi penunggang.

Sambungan melalui aplikasi MyRide membolehkan penunggang memainkan muzik, melihat mesej, menerima panggilan, dan notifikasi e-mel.

Lebih menarik, fungsi Garmin Navigation melalui aplikasi Garmin Motorize memudahkan perancangan perjalanan dengan informasi trafik, cuaca, dan lokasi menarik.
Kualiti Tunggangan Bertaraf Pertama
Kerangka aluminium ringan dengan suspensi depan jenis upside-down dan lengan ayun panjang memberikan lebih kestabilan pada motosikal ini.

Reka bentuk kerangka ala motosikal memberikan prestasi pengendalian yang sporty sambil mengekalkan kemudahan skuter.
Dilengkapi dengan tempat duduk ergonomik, badan aerodinamik, dan skrin pelindung angin, TMAX menawarkan keselesaan optimum untuk perjalanan jarak jauh atau harian.
Ciri Eksklusif TMAX Tech MAX
Bagi mereka yang mengutamakan keselesaan, TMAX Tech MAX hadir dengan skrin boleh laras secara elektrik, pemanas tempat duduk, pemanas pemegang, Cruise Control, dan suspensi belakang boleh laras.

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) pula memaklumkan sebarang aktiviti abnormal pada tekanan tayar.
Pilihan Warna dan Aksesori
TMAX Tech MAX tersedia dalam dua warna eksklusif: Ceramic Grey dan Dark Magma, menyerlahkan gaya premium yang sofistikated.

Yamaha turut menawarkan rangkaian aksesori tulen untuk penyesuaian prestasi, gaya, dan keselesaan, membolehkan setiap pemilik mencipta skuter unik yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.
Ciri-Ciri Utama TMAX Tech MAX 2025
- Enjin 560cc 2-silinder, mematuhi standard EURO5+
- Sistem Brake Control (BC) baharu
- Reka bentuk lampu depan dwi-mata yang moden
- Paparan TFT 7-inci dengan Garmin Navigation
- Ergonomi mewah dengan tempat duduk dan skrin boleh laras
- Sistem pemanas pemegang dan tempat duduk
- Rangka aluminium ringan dengan roda SpinForged 15-inci
- Ruang simpanan besar dan sistem kunci pintar
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Konklusi
TMAX Tech MAX 2025 adalah gabungan sempurna prestasi, teknologi, dan reka bentuk.

Dengan pelbagai peningkatan dan ciri premium, ia direka untuk mereka yang mencari tunggangan sport yang menyeronokkan, selesa, dan bergaya dalam satu pakej yang luar biasa.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Yamaha RX-Z Twin Boss V2 dari Ipoh Bakal ke Jepun!
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!





