
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Ténéré 700 ke pasaran tempatan, sebuah model adventure touring yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan penunggang di Malaysia yang semakin cenderung ke arah model motosikal adventure.
Pelancaran ini dilihat selari dengan perkembangan segmen motosikal berkapasiti besar di Malaysia, khususnya dalam kategori melebihi 500cc yang kini menunjukkan pertumbuhan positif, dengan model adventure kelas pertengahan menjadi antara pilihan utama pengguna.
Ténéré 700 ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Adventure Blue, yang menyerlahkan identiti model motosikal yamaha terdahulu. Rekaan keseluruhan kekal minimalis, dengan pendekatan “form follows function” yang jelas menitikberatkan praktikaliti berbanding elemen kosmetik berlebihan.
Model ini dikuasakan oleh enjin CP2 yang kini menerima sistem Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), menandakan kali pertama teknologi tersebut digunakan pada platform ini. Hasilnya, respon pendikit menjadi lebih linear dan terkawal, terutamanya ketika menunggang di permukaan mencabar.
Dua mod tunggangan disediakan:
Dari sudut casis, Ténéré 700 menampilkan suspensi depan jenis upside-down 43mm boleh laras serta suspensi belakang Monocross jenis linked yang telah dikemas kini.
Ergonomik turut diberikan perhatian dengan tempat duduk yang lebih rata serta footrest lebih besar, membantu meningkatkan keselesaan ketika tunggangan jarak jauh dan kawalan ketika off-road.
Bagi menyokong pelbagai keadaan tunggangan, motosikal ini dilengkapi dengan sistem ABS tiga mod serta Traction Control System (TCS) yang boleh dinyahaktifkan sepenuhnya. Konfigurasi ini memberi fleksibiliti kepada penunggang untuk menyesuaikan tetapan mengikut keadaan jalan atau laluan.
Antara kelengkapan lain termasuk paparan TFT bersaiz 6.3 inci dengan fungsi sambungan telefon pintar serta navigasi turn-by-turn. Paparan ini turut menawarkan dua mod paparan berbeza iaitu Sport dan Explorer.
Selain itu, Ténéré 700 turut dilengkapi lampu hadapan quad LED baharu, port pengecas USB Type-C, serta suis kawalan yang lebih intuitif termasuk fungsi auto-cancel signal.
Yamaha Ténéré 700 ditawarkan pada harga RM58,998, meletakkannya dalam segmen adventure mid-weight yang kompetitif di pasaran tempatan.
Baca Juga : Yamaha Tracer 9 GT Kini di Malaysia dengan Harga RM71,888
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.