Dunia automotif semakin menuju ke arah elektrifikasi, dan kini Yamaha nampaknya bersedia untuk menyertai kategori motosikal hibrid dengan teknologi inovatif mereka.
Sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Yamaha Global baru-baru ini mendedahkan sebuah motosikal hibrid petrol-elektrik yang sedang menjalani ujian fasa lanjut.
Industri automotif menyaksikan peralihan besar ke arah teknologi hijau, dan ini bukan hanya terhad kepada kereta.
Pada tahun 2023, Kawasaki mencipta kejutan dengan memperkenalkan dua model motosikal yang menggunakan teknologi hibrid.
Kini, Yamaha nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam membawa inovasi yang sama ke pasaran.
Walaupun kereta hibrid sudah lama menjadi sebahagian daripada landskap automotif global, motosikal dengan sistem pacuan petrol-elektrik masih jarang ditemui.
Namun, perkembangan terbaru daripada Yamaha ini menunjukkan bahawa situasi itu mungkin bakal berubah dalam masa terdekat.
Menurut video yang diterbitkan, motosikal hibrid Yamaha ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman tradisional dengan dua motor elektrik.
Satu motor dipasang terus pada aci engkol (crankshaft) dan satu lagi disambungkan ke gandar belakang.
Secara asasnya, sistem ini membolehkan motosikal beroperasi dalam tiga mod pemanduan utama:
Salah satu keistimewaan utama motosikal hibrid Yamaha ini adalah keupayaan ‘boost’ yang boleh diaktifkan dalam dua mod berbeza:
Teknologi motosikal hibrid Yamaha ini bakal menjanjikan penjimatan bahan api yang lebih baik.
Disamping itu juga pecutan juga akan lebih lancar dan bertenaga.
Ini adalah sesuatu yang pasti menarik perhatian peminat motosikal berprestasi tinggi.
Walaupun video ujian ini menunjukkan model motosikal yang berfungsi dengan baik, Yamaha menegaskan bahawa teknologi ini masih dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Ini bermakna jika model hibrid Yamaha benar-benar memasuki pasaran, reka bentuknya mungkin akan mengalami perubahan ketara berbanding dengan prototaip yang dipertontonkan dalam video tersebut.
Namun, satu perkara yang pasti adalah masa depan motosikal hibrid semakin menghampiri.
Adakah Yamaha sudah bersedia untuk menjadi antara peneraju dalam teknologi ini?
Adakah kita bakal menyaksikan era baharu motosikal yang lebih mesra alam dengan prestasi mengagumkan?
Sama-sama kita nantikan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Setiap Segmen Prestasi Jenama Kereta Terkenal