Kemas Kini Besar Untuk Semua Model Volvo di Malaysia
Volvo Car Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen premium dengan pengumuman kemas kini besar untuk seluruh barisan model tahun 2026. Langkah ini hadir selepas pelancaran rasmi XC60 facelift dan varian baharu EC40 Single Motor, sekaligus membuka lembaran baharu bagi strategi elektrifikasi dan kemewahan jenama itu di Malaysia.
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes, berkata pelancaran ini menandakan komitmen Volvo untuk menyediakan pilihan mobiliti yang lebih luas dan mampan kepada pelanggan tempatan.
“Menjelang tahun 2026, fokus kami kekal pada penyampaian terbaik daripada Volvo kereta yang menggabungkan keselamatan, prestasi, dan kelestarian. Kami juga sedang bersedia menyambut ketibaan sedan elektrik penuh pertama Volvo di Malaysia,” jelasnya.
XC60 Facelift
Model XC60 kini menerima wajah baharu dengan gril hadapan lebih sporty dan kemasan elegan, disertai sistem suspensi udara adaptif serta teknologi pemanduan pintar terkini.
Terdapat dua varian utama ditawarkan:
XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid – dari RM362,888
XC60 B5 AWD Mild Hybrid – dari RM328,888
Untuk varian T8 AWD PHEV, pemanduan elektrik penuh kini mencecah sehingga 89 km (WLTP) cukup untuk kegunaan harian tanpa emisi. Gabungan kuasa lebih 450 Nm tork memastikan prestasi kekal responsif tanpa mengorbankan kecekapan. Varian B5 mild hybrid pula memberi pilihan yang lebih mudah tanpa keperluan mengecas.
Ads
EC40 Single Motor
SUV elektrik EC40 kini hadir dalam varian Single Motor pada harga RM248,888, melengkapkan barisan model elektrik penuh Volvo di Malaysia.
Dikuasakan motor elektrik belakang dengan output 175 kW (238 hp) dan bateri 70 kWh, EC40 Single Motor mampu memecut dari 0–100 km/j dalam 7.3 saat, dengan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP). Sistem pengecasan pantas DC 10–80% hanya memerlukan 26 minit, menjadikannya antara EV paling praktikal dalam kelasnya.
Menariknya, EC40 kini turut menampilkan warna baharu Sand Dune, diinspirasikan pantai barat Sweden, bersama pilihan Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White.
Ads
XC90
SUV keluarga besar XC90 juga menerima kemas kini kosmetik dengan warna baharu Aurora Silver, melengkapi palet warna Denim Blue, Onyx Black dan Crystal White.
Terdapat dua varian utama:
Ads
XC90 Ultra T8 Plug-in Hybrid – dari RM434,888, dengan kuasa maksimum 462 hp / 709 Nm tork serta penggunaan bahan api serendah 1.8L/100 km.
XC90 Ultra B5 Mild Hybrid – dari RM418,888, menghasilkan 249 hp / 350 Nm.
Paparan tengah 11.2 inci dengan sistem Volvo UX generasi baharu
Paparan pemandu digital 12.3 inci dan head-up display
Pilot Assist generasi baharu dengan Adaptive Cruise Control
Kamera 360°, sistem audio Bowers & Wilkins, tempat duduk hadapan berkuasa dengan ventilasi, bumbung suria panorama dan pendingin hawa empat zon.
“Dashboard” Generasi Baharu – Volvo Car UX
Sistem Volvo Car UX generasi baharu kini menjadi standard bagi semua model tahun 2026. Ia menampilkan tata atur menegak dengan butang lebih besar, paparan lebih intuitif serta pintasan pantas seperti mod pemanduan segera sebaik enjin dihidupkan, atau akses terus ke kamera 360° ketika parkir.
Pelanggan boleh menempah sesi pandu uji atau mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi Volvo Car Malaysia atau bilik pameran sah Volvo di seluruh negara.
Pembayaran saman AES (Automated Enforcement System) kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi JPJ MySikap, yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai sebahagian daripada usaha memodenkan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna jalan raya di Malaysia.
Berikut adalah langkah-langkah bagaimana anda boleh membayar saman AES melalui aplikasi ini.
1. Buka Laman Sesawang JPJ MySikap
Pembayaran saman AES lebih mudah melalui laman sesawang JPJ MySikap. anda perlu mendaftar dan log masuk ke dalam laman sesawang tersebut.
Sekiranya anda sudah memiliki akaun MySikap, anda boleh terus log masuk menggunakan maklumat yang telah anda simpan. Jika anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, alamat emel, dan nombor telefon.
2. Navigasi ke “Kesalahan & Penalti”
Setelah berjaya log masuk, navigasikan ke menu “Kesalahan & Penalti” dalam laman sesawang tersebut. Menu ini akan menunjukkan semua saman yang telah dikeluarkan terhadap anda, termasuk saman AES. Anda juga boleh semak kesalahan melalui no pendaftaran kenderaan atau no kad pengenalan lain juga.
3. Pilih Saman AES yang Ingin Dibayar
Anda boleh melihat butiran saman yang telah dikeluarkan terhadap kenderaan anda. Pilih saman AES yang anda ingin selesaikan. Anda juga akan dapat melihat jumlah denda yang perlu dibayar.
4. Lakukan Pembayaran
Setelah memilih saman yang ingin dibayar, pilih kaedah pembayaran yang disediakan oleh laman seswang tersebut. Pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai cara termasuk kad kredit, kad debit, atau melalui e-dompet. Ikuti arahan pada aplikasi untuk menyelesaikan transaksi pembayaran.
5. Simpan atau Cetak Resit Pembayaran
Setelah pembayaran berjaya, anda akan menerima resit pembayaran. Adalah penting untuk menyimpan atau mencetak resit ini sebagai bukti pembayaran yang sah, yang mungkin diperlukan untuk rujukan masa depan atau sebagai bukti pembayaran saman.
Mudah dan pantas, namun pastikan anda membayar saman AES sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengelakkan anda dikenakan tindakan undang-undang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kementerian Pengangkutan kini sedang mengatur butiran terakhir bagi kadar cukai jalan dan lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan dijangka akan diumumkan bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menyatakan bahawa antara butiran yang dipertimbangkan adalah untuk menjadikan kenderaan elektrik lebih menarik dan lebih murah berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalam (ICE).
“Cabaran yang kita hadapi dalam proses penentuan cukai sekarang adalah bagaimana hendak membandingkan kapasiti (CC) kereta ICE dengan EV. Saat ini, pengguna EV tidak perlu membayar cukai, tetapi pembeli EV bimbang akan ditambahkan cukai yang mungkin lebih tinggi daripada kereta ICE.
Kredit: Smart Car
“Komitmen kerajaan adalah untuk mengurangkan cukai yang berkaitan supaya pembeli EV dapat menikmati kadar cukai jalan yang munasabah. Oleh itu, kami berharap butiran cukai jalan EV akan diumumkan sebelum akhir April ini supaya kadar cukai jalan (EV) yang dikenakan masih munasabah,” katanya.
Dalam ucapannya, Loke menyatakan bahawa perkongsian teknologi dan pengetahuan antara China dan Malaysia melalui kerjasama seperti ini dapat memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan dan memupuk inovasi dalam industri automotif, meningkatkan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelaburan oleh pelabur global berkualiti tinggi.
Kredit: Hyundai
“Langkah ini menekankan kepentingan Malaysia sebagai destinasi utama bagi pembangunan antarabangsa dan menonjolkan daya tarikan negara sebagai pasaran pilihan untuk usaha niaga automotif.
“Seiring dengan matlamat kita untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih sifar menjelang 2050, kita menggalakkan WTCA dan GAC Motor International untuk memperkenalkan lebih banyak produk ke Malaysia, terutamanya EV, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pengangkutan lestari serta mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang berlangsung di Port Dickson pada 19 Oktober 2024 telah mencipta detik penuh sejarah buat En. Mohamed Bin Bahari, 50 tahun, dari Johor Bahru apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah motosikal Suzuki Hayabusa 2024 dalam cabutan bertuah Platinum.
Konvoi Suzuki V-Strom Meriahkan Acara
En. Mohamed, seorang ahli aktif Suzuki V-Strom Owner’s Club Malaysia (SVOCM), menghadiri acara ini bersama 65 ahli kelab yang lain.
Konvoi motosikal Suzuki V-Strom mereka dari Johor Bahru ke Port Dickson menambahkan lagi kemeriahan acara, yang turut disertai ribuan pemilik motosikal Suzuki dari seluruh Malaysia.
Pelbagai Aktiviti Menarik di Suzuki Monsoon Getaway 2.0
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang dianjurkan oleh Suzuki Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti konvoi motosikal, sesi uji tunggang, pameran motosikal, jualan eksklusif, serta acara kemuncak cabutan bertuah.
Kemenangan En. Mohamed dalam cabutan bertuah dan memenangi Suzuki Hayabusa 2024 menjadi kemuncak utama acara ini.
Platform Mengukuhkan Persaudaraan Peminat Suzuki
Suzuki Monsoon Getaway 2.0 sekali lagi berjaya menjadi platform yang mengukuhkan hubungan antara pemilik motosikal Suzuki di Malaysia.
Komitmen Suzuki Malaysia dalam menghidupkan semangat permotoran dan menyatukan peminatnya melalui program sebegini jelas terbukti.
Diharapkan acara seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.
Aveta Kukuhkan Rangkaian Pengedar Dengan Program “Preferred Dealers” & Pengembangan Ke Sabah dan Sarawak
Jenama motosikal tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, Aveta...