Volvo EX90 akhirnya tiba di Malaysia, dan ini bukan sekadar SUV elektrik, ini adalah penanda aras baharu dalam dunia automotif.
Dengan reka bentuk yang elegan, teknologi keselamatan kelas pertama, dan kuasa elektrik yang mengagumkan. EX90 bukan sahaja direka untuk bergerak, tapi untuk melindungi.
Dengan harga bermula RM442,888, model Ultra Twin Performance ini menjanjikan lebih dari sekadar prestasi. Ia membawa pengalaman pemanduan masa depan terus ke jalan raya kita.
Selamat, Canggih, dan Sedia untuk Autonomi
EX90 ialah model Volvo paling selamat setakat ini. Ia bukan sekadar gimik – SUV ini hadir dengan sistem Safe Space Technology.
Perincian yang menggunakan gabungan radar, kamera, dan lidar untuk pantauan 360 darjah persekitaran kenderaan. Sistem ini boleh memberhentikan kenderaan secara automatik. Menukar lorong dengan hanya sentuhan suis, dan memantau keletihan pemandu.
Malah, jika pemandu pengsan atau tidak sedarkan diri, EX90 tahu apa nak buat. Ia akan berhenti, nyalakan lampu kecemasan, dan hubungi bantuan.
Ads
Satu lagi ciri yang patut diberi perhatian. Sistem pengesanan penumpang. Ia akan mengimbas seluruh kabin selepas kenderaan dikunci bagi memastikan tiada kanak-kanak atau haiwan tertinggal. Jika ada, ia aktifkan hon, lampu, dan pendingin hawa secara automatik. Pintar? Sangat.
Kuasa Elektrik yang Serius
Varian Ultra Twin ini dilengkapi sistem all-wheel drive elektrik yang menjana 517hp dan 910Nm tork. Hasilnya? 0 ke 100 km/j hanya dalam 4.9 saat. Baterinya berkapasiti 111 kWh mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 623 km (mengikut kitaran WLTP). Pengecasan dari 10% ke 80% hanya ambil masa sekitar 30 minit – cukup untuk secawan kopi dan donut.
Kabin – Macam Ruang Tamu Scandinavian
Volvo bawa falsafah reka bentuk Scandinavia ke dalam EX90. Hasilnya, kabin yang tenang, moden, dan sangat selesa. Tujuh tempat duduk gaya teater. Tempat duduk urut di depan. Sistem pendingin hawa empat zon dan kemasan Nordico serta kayu birch FSC™. Semua ini beri rasa premium tapi mesra alam.
Ads
Tambahan pula, EX90 hadir dengan sistem audio Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara, termasuk dalam pelapik kepala. Disokong oleh Dolby Atmos. Bukan itu saja, sistem lampu dalaman SunLike yang digunakan mampu meniru cahaya matahari sebenar. Mengurangkan ketegangan mata, sakit kepala, dan memastikan suasana dalam kabin kekal nyaman.
Reka Bentuk Pintar di Luar dan Dalam
Ciri-ciri seperti pemegang pintu tersembunyi, cermin berlamina, dan rim Aero 21 inci bukan sahaja tampak futuristik. Tetapi juga meningkatkan aerodinamik dan kesenyapan kabin. Suspensi udara pintar pula menyesuaikan ketinggian kenderaan – rendah untuk lebuh raya, tinggi untuk jalan off-road atau banjir kilat.
Sedia Tempah Sekarang
Unit yang ditawarkan untuk Malaysia ialah versi import sepenuhnya (CBU). 50 pelanggan pertama akan menerima baucar pengecas dinding dan pengadang matahari bernilai RM5,000 secara percuma. Tempahan sudah dibuka melalui laman web Volvo Malaysia dan pengedar sah terpilih.
Ads
Kalau anda sedang mencari SUV elektrik yang bukan sahaja penuh gaya. Tapi juga dipenuhi ciri keselamatan paling canggih dan pengalaman pemanduan yang luar biasa – Volvo EX90 ialah jawapannya.
Dalam perkembangan terbaru, Nissan Kicks e-Power akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Seperti yang didedahkan oleh seorang konsultan jualan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pengumuman ini menyusul selepas pengesahan daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Pengedar rasmi Nissan di Malaysia, bahawa teknologi pacuan hibrid Nissan e-Power bakal tiba di negara ini.
Sebelum ini,
ETCM menyatakan bahawa model hibrid e-Power akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Nissan Kicks e-Power merupakan SUV hibrid yang dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 129 PS dan tork 280 Nm.
Motor ini digandingkan dengan enjin 1.2 liter tiga-silinder naturally-aspirated, tetapi tiada sambungan pacuan mekanikal ke roda.
Sistem ini dijana oleh bateri 2.06 kWh, memberikan pengalaman pemanduan hibrid yang unik di mana hanya motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.
Kredit PaulTan
Kicks e-Power
Berdasarkan spesifikasi, Kicks e-Power mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat. Dengan penggunaan bahan api yang dianggarkan pada 21.7 km per liter. Ini menjadikannya pesaing yang kuat dalam segmen SUV hibrid di Malaysia, berhadapan dengan model seperti Honda HR-V e dan Toyota Corolla Cross Hybrid.
Kemasukan model ini menambah variasi dalam segmen yang semakin berkembang. Bersaing bersama model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik (EV) dari jenama-jenama seperti dari China.
Namun, mereka yang mengikuti perkembangan Nissan Kicks mungkin menyedari bahawa model ini menghampiri penghujung kitaran hayat generasi pertama. Generasi kedua Nissan Kicks telah pun dilancarkan di Amerika Syarikat pada Mac tahun ini, namun Malaysia nampaknya masih akan menerima generasi pertama buat masa ini.
Kredit PaulTan
Rancangan Lain
Selain dari Kicks e-Power, Nissan juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model yang menggunakan teknologi e-Power di Malaysia. Salah satu yang paling dinanti-nantikan ialah Nissan Serena generasi C28.
MPV ini telah beberapa kali dilihat diuji di Malaysia, dan dijangka akan turut dilengkapi dengan teknologi hibrid e-Power.
Bagi Nissan Serena C28, ia akan hadir dengan motor elektrik 163 PS dan tork 315 Nm, digandingkan dengan enjin 1.4 liter tiga-silinder naturally-aspirated (98 PS/123 Nm) yang berfungsi mengecas bateri 1.77 kWh.
Seperti Nissan Kicks e-Power, Serena C28 juga tidak mempunyai sambungan mekanikal ke roda pacuan, menjadikannya MPV hibrid yang lebih mesra alam dan menjimatkan.
Kehadiran Nissan Kicks e-Power dan rancangan masa depan Nissan untuk model-model e-Power lain seperti Serena C28 menunjukkan bahawa Nissan komited untuk membawa lebih banyak pilihan teknologi hijau ke pasaran Malaysia.
Buat peminat SUV dan MPV hibrid, tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik dengan pelancaran model-model terkini dari Nissan.
Sensor oksigen (O2 Sensor) adalah komponen dalam sistem ekzos kereta dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi dan kecekapan enjin.
Peranti elektronik kecil ini mengukur tahap oksigen dalam gas ekzos dan menghantar data ini kepada modul kawalan enjin (ECM)/ECU. Berikut adalah penjelasan mendalam tentang bagaimana ia berfungsi dan manfaatnya
Kredit Foto : Website customcompleteautomotive
Bagaimana Ia Berfungsi:
Penjanaan Voltan: komponen ini menghasilkan voltan kecil apabila terdedah kepada oksigen dalam gas ekzos.
Interaksi dengan ECM/ECU: ECM/ECU membaca voltan ini untuk menentukan nisbah udara/bahan api dan menyesuaikan suntikan bahan api dengan sewajarnya.
Pemantauan Berterusan: Sensor ini sentiasa memantau nisbah udara/bahan api untuk memastikan prestasi enjin dan kecekapan bahan api yang optimum.
Meningkatkan Kecekapan Bahan Api: Dengan membantu enjin menyesuaikan suntikan bahan api untuk mencapai nisbah udara/bahan api yang lebih optimum, komponen ini menyumbang kepada ekonomi bahan api yang lebih baik.
Mengurangkan Emisi: Memastikan nisbah udara/bahan api adalah optimum membantu mengurangkan emisi berbahaya daripada ekzos, menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih.
Meningkatkan Prestasi Enjin: Sensor oksigen yang rosak boleh menyebabkan pelbagai masalah enjin, termasuk kuasa berkurang, kecekapan bahan api menurun, dan emisi meningkat. Menjaga komponen ini dalam keadaan baik memastikan enjin beroperasi dengan cekap dan berkesan.
Kredit Foto : Website walkerproducts
Kod Masalah Diagnostik (DTC)
Apabila komponen ini rosak, ECM menghasilkan kod DTC tertentu yang boleh membantu mendiagnosis masalah tersebut. Berikut adalah beberapa kod DTC biasa yang berkaitan dengan sensor oksigen:
Kepentingan Penyelenggaraan Berkala: komponen ini adalah komponen penting dalam sistem pengurusan enjin kereta. Penyelenggaraan berkala sensor oksigen adalah penting untuk memastikan ia terus berfungsi dengan betul dan mencegah masalah dengan prestasi enjin.
Menjaga komponen ini dalam keadaan terbaik adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi kenderaan anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Selepas tiga hari sesi ‘Shakedown’ yang mengujakan, aksi sebenar bermula di litar lagenda Sepang untuk ujian rasmi MotoGP tahun ini. Hari pertama penuh dengan kejutan dan ketegangan, termasuk ketiadaan Franco Morbidelli yang digantikan oleh Michele Pirro selepas kemalangan latihan Superbike di Portimao.
Kejutan sebenar datang daripada penampilan memukau Pedro Acosta dari KTM yang menetapkan prestasi terbaik pada sesi Shakedown. Namun, pencarian untuk menewaskan rekod masa tersebut menjadi sasaran bagi penunggang lain, ditambah dengan Raul Fernandez yang menunjukkan prestasi awal yang cemerlang sebelum terjatuh.
Kemalangan itu membawa kepada bendera merah, tetapi penunggang seperti Maverick Vinales dan Jorge Martin terus memberi aksi penuh pada carta masa. Martin khususnya menonjol dengan prestasi cemerlang, mengekalkan kedudukan teratas sepanjang hari dengan masa yang menyakinkan.
Marc Marquez, dalam debutnya dengan Ducati Gresini, menghadapi beberapa masalah teknikal yang menyebabkan ketegangan pada hari pembukaan. Namun, beliau menunjukkan ketabahan dengan memperbaiki prestasi pada separuh hari kedua.
Kredit Foto: Crash.net
Ketegangan terus berlanjut dengan jatuhnya beberapa penunggang termasuk Alex Marquez dan kemalangan awal yang dialami Bagnaia dan Fernandez. Namun, semangat mereka tidak pudar, dengan usaha gigih mereka untuk pulih dan melonjak semula dalam carta masa.
Pada penghujung hari, kejayaan terbesar mungkin adalah pada hasil fokus dan komitmen kepada kelajuan antara Marini, Acosta, Martin, dan Marc Marquez, menambah lagi keterujaan di litar.
Aksi litar akan terus berlanjutan pada hari-hari akan datang dan ia memberi peluang kepada pasukan untuk menyesuaikan dan menambah baik prestasi mereka sebelum musim rasmi bermula. Dari pagi hingga petang, Sepang menyaksikan kecemerlangan dan ketegangan yang tidak terduga, menjanjikan musim yang penuh drama untuk peminat MotoGP.
Yamaha Y15ZR 2025 Tampil Dengan Tiga Warna Baharu Harga - RM8,998
Yamaha Motor (Malaysia) mengumumkan kemas kini terbaharu bagi model popularnya, Yamaha Y15ZR, yang kini...