
VOGE Malaysia kini memperkenalkan tawaran eksklusif buat peminat motosikal tempatan dengan rebat istimewa RM700 untuk setiap pembelian VOGE FR150, menjadikan harga jualan hanya RM8,188 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Promosi ini sah sehingga 30 November 2025, dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara, tertakluk kepada terma, syarat dan stok semasa.
Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman tunggangan motosikal premium dengan harga yang lebih berpatutan. VOGE Malaysia berkata tawaran ini bukan sekadar promosi, tetapi satu penghargaan kepada penunggang.
Daripada harga asal RM8,888, pembeli kini boleh menikmati potongan RM700 bagi merasai sendiri kehebatan VOGE FR150 sebuah motosikal yang telah membuktikan kemampuan bukan hanya di jalan raya, malah di arena perlumbaan profesional seperti Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC).
Dikuasakan oleh enjin 149.6cc DOHC silinder tunggal, FR150 menjana 11.5 kW (15.4 hp) pada 8,500 rpm dan 13.5 Nm pada 7,500 rpm. Padanan transmisi 6-kelajuan serta sistem klac jenis slipper memberi kawalan yang lebih lancar dan stabil ketika menurunkan gear pada kelajuan tinggi.
Ciri keselamatan turut menjadi keutamaan dengan penggunaan ABS dwi-saluran (dual-channel)
, yang memastikan daya membrek lebih seimbang di kedua-dua roda. Gabungan prestasi, kawalan dan keselamatan ini menjadikan FR150 antara model paling seimbang dalam segmen 150cc premium.VOGE FR150 direka untuk penunggang yang mengutamakan gaya sporty serta keselesaan harian. Dengan rekaan yang agresif dan ergonomik yang seimbang, ia sesuai untuk kegunaan bandar mahupun perjalanan jauh. Harga promosi ini menjadikannya antara model paling bernilai di kelasnya yang menawarkan gaya, teknologi dan prestasi pada satu pakej yang sukar ditandingi.
VOGE ialah jenama premium di bawah Loncin Motor Co. Ltd, pengeluar motosikal terkemuka dari Chongqing, China yang mula beroperasi sejak tahun 1983. Dengan lebih 8,000 paten teknologi dan kehadiran di lebih 100 negara, Loncin kini diiktiraf sebagai antara peneraju industri motosikal global.
Ditubuhkan pada tahun 2018, VOGE memfokuskan pada pembangunan motosikal berprestasi tinggi menggunakan teknologi terkini dan komponen premium. Jenama ini membawa falsafah “We don’t just build motorcycles – we build passion, freedom, and the future”, menggambarkan semangatnya dalam mencipta pengalaman tunggangan yang penuh emosi dan kebebasan sejati.
Baca Juga : MForce Perkenalkan VOGE DS900X, Harga Bermula RM49,998
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.