Unik & Lebih “Real”, LEGO Technic Yamaha MT-10 SP Bakal Dipasarkan Ogos 2023 Nanti

Share

Pada disember 2021, LEGO Technic telah melancarkan kit motosikal dalam skala 1:5 untuk model BMW M 1000 RR. Walaupun LEGO tidak asing lagi dalam menghasilkan kit motosikal daripada pelbagai jenama, M 1000 RR mewakili sesuatu yang baharu dan berbeza berdasarkan saiz yang agak besar dan ketelitian setiap komponen lego tersebut.

LEGO Technic kini hadir dengan model kit motosikal yang terbaharu iaitu Yamaha MT-10 SP yang   mempunyai 1478 kepingan lego. Tidak seperti model M 1000 RR, sistem gear pada kit MT-10 SP ini boleh berfungsi dan hanya tiga gear sahaja boleh ditukar dan anda boleh menggunakan pemijak kaki sebelah kiri seperti model sebenar motosikal tersebut.

Seperti yang anda perhatikan pada kotak, kit Yamaha MT-10 SP LEGO Technic ini menawarkan ciri realiti tambahan. Jika anda membuka aplikasi LEGO pada telefon pintar anda, dan menggunakannya untuk melihat kit anda yang telah siap, ia akan menunjukkan kepada anda beberapa perkara menarik tentang MT-10 SP sebenar. Mungkin ciri paling hebat di sini juga melibatkan sistem gear, Memandangkan anda tidak dapat melihat fungsi sistem gear sebaik sahaja anda memasang keseluruhan kit, ciri AR membolehkan anda melihat animasi sistem gear dalam gerakan yang hampir sama (tetapi tidak cukup) seperti pergerakan motosikal sebenar.

LEGO Technic Yamaha MT-10 SP akan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Ogos 2023. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut pasaran. Di Amerika Syarikat, Harga jualan yang dicadangkan adalah $239.99 (RM999). Untuk semua peminat LEGO, ada masih mempunyai masa untuk mengumpul duit sebelum produk ini memasuki pasaran pada bulan hadapan!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi