Automotif

UMW Toyota Catat Angka Positif Setakat Mei 2024

Share

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menutup Mei 2024 dengan prestasi yang terus positif. Mencapai jualan bulanan sebanyak 8,422 unit (Toyota + Lexus). Dengan pencapaian ini, jumlah jualan setakat tahun 2024 kini mencecah 39,211 unit. 

Sebagai jenama mobiliti yang komited untuk memupuk kebahagiaan untuk semua, visi Toyota melangkaui kecemerlangan automotif. Melalui inisiatif yang melangkaui batas konvensional, Toyota berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan mempromosikan pertumbuhan inklusif dalam masyarakat.

Toyota Eco Youth – Program Insentif dari UMW

Komitmen terhadap Komuniti dan Kelestarian Alam Sekitar

Komitmen UMWT terhadap komuniti dan kelestarian alam sekitar ditunjukkan melalui program Toyota Eco Youth (TEY) ke-23, yang dilancarkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Program peringkat kebangsaan ini memperkasakan pelajar berumur 13 hingga 17 tahun dari 16 sekolah di seluruh negara. 

Ia memfokuskan kepada Kaedah Penyelesaian Masalah 8 Langkah Toyota (PSM) untuk mempromosikan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, TEY telah melibatkan lebih 300,000 pelajar dari 521 sekolah, mewujudkan legasi pemeliharaan alam sekitar. 

TEY 2024/2025, dengan hadiah wang tunai sehingga RM80,000, memberi insentif kepada penyelesaian inovatif dan sejajar dengan pelan tindakan alam sekitar UMWT untuk mencapai sifar pelepasan CO2 menjelang 2050.

Datuk Ravindran K.

Datuk Ravindran K., Presiden UMWT, menyatakan, “Prestasi kukuh kami pada bulan Mei menonjolkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan kenderaan dan perkhidmatan yang luar biasa bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman membeli. UMWT memperkenalkan promo “Peace of Mind” untuk Jun 2024, menawarkan pelanggan sehingga 100% pembiayaan untuk model terpilih.

Pembeli kereta boleh menikmati penjimatan promosi yang meluas, termasuk sehingga RM7,500 untuk Yaris Baharu. Dengan ansuran pembelian bulanan bermula dari hanya RM688 untuk Vios serba baharu.

Program Toyota Service Savers juga menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula serendah RM31.

Toyota Eco Youth 2024

UMWT terus berinovasi dan menetapkan penanda aras baharu dalam industri automotif, sentiasa berusaha untuk memberikan kecemerlangan dan penyelesaian yang berpandangan jauh.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas Toyota 1-800-8TOYOTA (869682).

Baca: Toyota Yaris G Limited – Hatchback Segmen B Terkini!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan