Automotif

Triumph Tiger Sport 660 – Lebih Canggih dengan Peningkatan Teknologi

Share

Triumph Tiger Sport 660 terus mencuri perhatian meskipun Triumph telah melancarkan model yang lebih besar, Tiger Sport 800. Untuk tahun 2025, motosikal adventure kelas pertengahan ini menerima beberapa peningkatan menarik. Terutamanya dari segi teknologi dan kelengkapan, menjadikannya pilihan yang lebih versatile bagi penunggang.

Teknologi Baharu untuk Pengalaman Lebih Pintar

Peningkatan utama pada Tiger Sport 660 ialah sistem sambungan telefon pintar. Kini membolehkan navigasi dipaparkan secara terus pada skrin. Bukan itu sahaja, model ini juga dilengkapi dengan ciri cruise control untuk keselesaan semasa perjalanan jauh, dan

quickshifter dua hala yang membolehkan pertukaran gear lebih lancar, baik semasa menaikkan atau menurunkan gear.

Selain dua mod tunggangan asal, iaitu Road dan Rain, Triumph turut memperkenalkan mod Sport, memberikan respons enjin yang lebih agresif untuk pengalaman tunggangan yang menyeronokkan. 

Tidak ketinggalan, ciri keselamatan seperti Optimised Cornering ABS dan kawalan cengkaman kini menjadi standard. Fungsi kawalan cengkaman boleh ditutup mengikut keperluan penunggang.

Triumph Tiger Sport 660

Prestasi Tetap Berkuasa

Dari segi prestasi, Tiger Sport 660 masih menggunakan enjin tiga silinder DOHC berkapasiti sederhana dengan transmisi enam kelajuan dan klac slip and assist. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 81 PS pada 10,250 rpm dan 64 Nm tork pada 6,250 rpm. Cukup untuk memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.

Ciri-Ciri Rekaan yang Praktikal

Tiger Sport 660 direka untuk pelbagai kegunaan, sama ada untuk perjalanan jauh atau tunggangan harian. Ia dilengkapi dengan penghadang angin hadapan yang boleh dilaras secara manual dan tangki bahan api berkapasiti 17.2 liter. Membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Suspensi Showa pula terdiri daripada fork USD 41 mm di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Memberikan keselesaan walaupun pada permukaan jalan yang tidak rata. 

Triumph Tiger Sport 660

Sebagai motosikal yang lebih fokus kepada jalan raya, ia dipasang dengan rim aluminium 17 inci dan sistem brek cakera berkembar 310 mm di hadapan serta cakera 255 mm di belakang.

Reka Bentuk Kompak dan Ringkas

Keseluruhan rekaan Tiger Sport 660 mengekalkan identiti sporty dan praktikal. Semua lampu kini menggunakan teknologi LED. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 207 kg dengan ketinggian tempat duduk 835 mm. Sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang.

Dengan peningkatan ini, Triumph Tiger Sport 660 terus menawarkan keseimbangan yang sempurna antara teknologi, prestasi, dan keselesaan. Untuk penunggang yang mencari motosikal adventure dengan keupayaan serba boleh, model ini kekal sebagai pilihan unggul.

Dari PaulTan

Baca Juga Triumph Tiger 900 2024 – Tetapan Standard Baharu!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan