TQ WULING Bingo EV Serikan KL Car-Free Morning 3 Ogos Ini

TQ WULING anak syarikat Tan Chong Group, akan menyertai acara “KL Car-Free Morning” dengan memperkenalkan model elektrik sepenuhnya mereka TQ WULING Bingo EV pada 3 Ogos 2025.

Bermula seawal jam 6.45 pagi, hatchback elektrik kompak ini akan tampil memimpin laluan ‘sweeper route’ sepanjang 7km di tengah-tengah ibu kota, bermula dari Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

TQ WULING Bingo Tampil di KL Car-Free Morning 3 Ogos Ini

Bingo EV: Gaya Retro Bertemu Teknologi Masa Hadapan

Menjelang pelancaran rasminya pada suku keempat 2025, TQ WULING Bingo EV dijangka mencetus fenomena dalam segmen hatchback elektrik 5 pintu di Malaysia.

Model ini menggabungkan bentuk retro-moden yang menarik beserta dengan teknologi pintar.

Secara tidak langsung menjadikan model ini pilihan ideal untuk mereka yang mahukan mobiliti hijau lengkap dengan gaya dan fungsi.

Ads

Rekaan Bingo EV diinspirasikan daripada elemen air, corak menarik pada lampu dan gril, “Splash Theme” pada rim, serta bahagian dalaman yang menyerupai titisan air dan ombak.

Ditambah pula dengan garis bulat lembut dan lampu LED moden, memberikan karakter unik yang mesra dan penuh nostalgia.

Sertai Aktiviti Menarik di KL Car-Free Morning

Acara KL Car-Free Morning sememangnya sinonim dengan gaya hidup sihat dan mesra alam.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan sesi Zumba dan pelbagai aktiviti  anjuran TQ WULING.

Lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat Bingo EV dari dekat.

Ads

Mereka juga mungkin menjadi antara individu yang terawal menyaksikan sendiri kenderaan yang bakal mengubah persepsi terhadap EV mampu milik di Malaysia.

Untuk RSVP, orang ramai boleh mendaftar menerusi laman Facebook rasmi TQ WULING di facebook.com/tqwulingmy.

TQ WULING Bingo Tampil di KL Car-Free Morning 3 Ogos Ini

Jelajah #HelloTQWBingo Tour Diteruskan ke Selatan dan Utara

Selain KL Car-Free Morning, TQ WULING turut meneruskan sesi jelajah pra-pelancaran #HelloTQWBingo Tour di beberapa lokasi utama:

Ads
LokasiTarikhMasa
Sutera Mall, Johor Bahru8 – 10 Ogos10:30 pagi – 10:30 malam
Queensbay Mall, Pulau Pinang14 – 17 Ogos10:30 pagi – 10:30 malam

Komitmen ke Arah Masa Depan Mobiliti Hijau

Menurut Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn. Bhd., Wan Wei Sun, penyertaan TQ WULING dalam acara ini merupakan satu langkah penting dalam mendekatkan teknologi mobiliti elektrik kepada rakyat Malaysia.

“Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk membawa EV mampu milik ke pasaran tempatan, kami bangga dapat menyokong inisiatif bandar hijau DBKL dan pada masa yang sama memperkenalkan Bingo EV sebagai simbol mobiliti masa depan yang boleh dimiliki ramai,” ujar beliau.

TQ WULING Bingo Tampil di KL Car-Free Morning 3 Ogos Ini

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai TQ WULING dan Bingo EV, layari laman web rasmi www.tqwuling.my atau ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

Baca Juga : Pratonton Awal TQ WULING Bingo EV Melalui Siri Jelajah #HelloTQWBingo

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI