Ads

TQ WULING Mula Pemasangan Tempatan Bingo EV di Malaysia

Bingo EV Kini Dipasang di Malaysia

TQ WULING secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) bagi model kenderaan elektrik kompaknya, Bingo EV, di Malaysia.

Langkah ini menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen jangka panjang jenama tersebut terhadap pasaran automotif tempatan serta pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara.

Dipasang di Fasiliti Tan Chong Segambut

Pemasangan TQ WULING Bingo EV kini dijalankan di fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur, sebuah kilang yang mempunyai rekod prestasi kukuh dalam industri automotif dan mematuhi piawaian kualiti serta proses bertaraf antarabangsa, termasuk pensijilan ISO.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran global EV daripada SAIC-GM-Wuling (SGMW) dengan pengalaman luas Tan Chong dalam pembuatan tempatan.

Pendekatan Pengeluaran Berperingkat

Bagi fasa awal, TQ WULING mengamalkan pendekatan pengeluaran secara berperingkat, dengan fleksibiliti untuk meningkatkan kapasiti selaras dengan permintaan pasaran EV tempatan.

Strategi ini bertujuan memastikan kestabilan bekalan, konsistensi kualiti serta kecekapan operasi dalam jangka masa panjang.

TQ WULING Mula Pemasangan Tempatan Bingo EV di Malaysia

Fokus Keselamatan Bertaraf Tinggi

Dari aspek keselamatan, Bingo EV menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya apabila dilengkapi enam beg udara serta struktur badan yang mengintegrasikan keluli ultra-berkekuatan tinggi 1,500 MPa.

Rangka yang diperkukuh ini direka untuk meningkatkan ketegaran struktur dan keupayaan penyerapan impak, sekali gus memberikan perlindungan yang lebih baik kepada penumpang.

Ads

Dua Varian Dengan Harga Kompetitif

Bingo EV ditawarkan dalam dua varian, iaitu Bingo PRO pada harga RM67,800 dan Bingo MAX pada RM72,800.

Sempena pelancarannya, TQ WULING memperkenalkan promosi Bingo’s Fabulous 5 Perks yang merangkumi rebat tunai RM5,000, menjadikan harga atas jalan RM62,800 bagi Bingo PRO dan RM67,800 untuk Bingo MAX.

Tawaran Eksklusif Untuk Pelanggan Terawal

500 pelanggan terawal yang membuat tempahan akan menikmati manfaat bernilai sehingga RM12,000, termasuk rebat tunai, jaminan komprehensif bateri dan motor pemacu, ansuran bulanan bermula daripada RM625, pengecas EV rumah 7kW, pengecas mudah alih 3-pin, pakej penapisan solar premium serta perlindungan insurans komprehensif khusus untuk kenderaan elektrik.

TQ WULING Mula Pemasangan Tempatan Bingo EV di Malaysia

Manfaat Pemasangan Tempatan Kepada Pasaran

Pemasangan tempatan Bingo EV membawa beberapa manfaat utama kepada pasaran Malaysia, termasuk harga yang lebih mampu milik, tempoh penghantaran yang lebih singkat, tahap lokalisasi lebih tinggi serta kualiti binaan yang konsisten disokong oleh keupayaan pembuatan dan perkhidmatan tempatan.

Ads

Inisiatif ini turut menyokong agenda kerajaan dalam memperluaskan penggunaan EV dan pembangunan perindustrian negara.

Sebagai kenderaan elektrik bandar, TQ WULING Bingo EV direka untuk memenuhi keperluan pemanduan harian dengan menekankan kepraktisan dan kecekapan.

Bingo PRO menawarkan jarak pemanduan sehingga 333 km (CLTC), manakala Bingo MAX mampu mencapai sehingga 410 km (CLTC) bagi setiap cas penuh.

Reka Bentuk Kompak dan Dalaman Praktikal

Bingo EV menggabungkan saiz kompak dengan rekaan ringkas berinspirasikan retro, kemasan dalaman moden serta praktikal, termasuk 15 ruang simpanan dalaman dan ruang but fleksibel sehingga 1,240 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Bahagian dalaman turut menampilkan papan pemuka gaya “floating-island” dengan dua skrin bersaiz 10.25 inci untuk paparan instrumen dan sistem infotainmen.

Ads

Teknologi Bateri WULING MAGIC

Bingo EV dilengkapi dengan bateri EV MAGIC proprietari Wuling yang direka dengan penekanan terhadap keselamatan dan kebolehpercayaan.

Sistem bateri ini mempunyai penarafan IP68 dan telah melalui pelbagai ujian ekstrem, termasuk hentaman, tekanan haba, perendaman air serta pendedahan kepada api, bagi memastikan prestasi stabil dalam penggunaan harian.

TQ WULING Mula Pemasangan Tempatan Bingo EV di Malaysia

Waranti dan Sokongan Selepas Jualan

Bagi memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik, TQ WULING Bingo EV hadir dengan jaminan bateri selama lapan tahun atau 120,000 km, jaminan motor pemacu lapan tahun atau 160,000 km, serta jaminan kenderaan lima tahun atau 150,000 km, tertakluk kepada terma dan syarat.

Rangkaian Jualan dan Perkhidmatan

Ketika ini, enam bilik pameran khusus TQ WULING telah beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia, disokong oleh tujuh pusat selepas jualan melalui rangkaian servis Tan Chong Motor Holdings (TCMH).

Pembukaan cawangan tambahan dijadualkan dalam beberapa bulan akan datang bagi memperkukuh sokongan kepada pelanggan.

Baca Juga : Pelancaran TQ Wuling Bingo EV Harga Bermula RM62,800

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok. 

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

6 Kereta Paling Rare Di Dunia Dengan Hanya Satu Unit Dibina

Dalam dunia automotif, perkataan “rare” selalunya disalah guna. Ada kereta yang dikatakan rare kerana jumlah pengeluaran rendah, ada pula yang dilabel edisi terhad. Namun,...