Automotif

Toyota Crown Sport RS Limited Matte Metal – untuk Pasaran Jepun

Share

Toyota memang bijak dengan langkah memperkenalkan beberapa model di bawah siri Crown, dan ini bukan hanya untuk gaya semata-mata. Pelanggan di pelbagai pasaran boleh memilih model Crown yang bersesuaian, termasuk Crossover, Sport, Sedan, dan Estate. 

Siri Crown ini direka untuk memenuhi keperluan dan citarasa yang berbeza, sambil mengisi ruang antara barisan model Toyota dan Lexus.

Di Jepun,

Pelanggan bukan saja dapat memilih gaya badan yang berbeza. Malah mereka juga ditawarkan model sedan Crown dengan teknologi bahan api hidrogen. Namun, satu model yang eksklusif untuk pasaran Jepun dan pasti mencuri perhatian ialah Crown Sport RS Limited Matte Metal. Edisi khas yang tampil dengan kemasan badan matte terus dari kilang.

Biasanya, jika seseorang inginkan warna matte pada kereta, mereka perlu ke kedai balutan (wrapping). Tapi dengan edisi ini, pemilik terus dapat menikmati warna matte dari kilang tanpa perlu melakukan apa-apa ubah suai. 

Namun, jika mereka mahu menukar kepada warna yang lebih berkilat, itu masih boleh dilakukan. Warna Matte Metal ini bukan sekadar kemasan biasa; ia dilindungi dengan lapisan khas yang dikenali sebagai TM Coat. Iaitu penjagaan dan pembersihan tanpa merosakkan kemasan matte tersebut.

Elemen Hitam Kilat

Untuk menyerlahkan lagi gaya mewah dan eksklusifnya, warna matte ini dipadankan dengan elemen hitam berkilat seperti pada bahagian pendakap lingkungan roda, bingkai cermin, bibir bampar, bingkai lampu belakang, dan sirip spoiler. 

Roda 21 inci hitam matte atau berkilat menjadi pilihan, bersama dengan angkup brek merah enam omboh yang jelas kelihatan di sebalik rongga besar rim tersebut.

Bahagian dalamannya juga tidak kurang hebatnya, dengan gabungan warna

Black Lustre dan beberapa perincian mewah. Sterengnya tampil dengan tiga warna iaitu Warm Steel, Dark Grey Metal, dan Light Grey.

Menggantikan kombinasi hitam dan merah biasa. Warna Warm Steel ini juga diaplikasikan pada beberapa bahagian lain seperti panel pintu, papan pemuka, dan perehat tangan, memberikan aura eksklusif dan mewah. Lebih istimewa, nama model ini diukir dengan laser pada corong penyaman udara di sebelah kiri. Menambahkan lagi sentuhan peribadi.

Dari segi teknologi,

Crown Sport RS Limited Matte Metal dilengkapi dengan kunci digital tanpa kos tambahan. Di mana pemilik boleh menggunakan telefon pintar mereka sebagai kunci kereta. Ini memberi kemudahan serta inovasi teknologi yang menarik bagi model ini.

Untuk Prestasi,

Kereta ini dikuasakan oleh enjin hibrid plug-in 2.5 liter A25A-FXS yang dipadankan dengan transmisi e-CVT dan sistem pacuan empat roda E-Four. Enjin petrolnya menghasilkan 177 PS dan tork 219Nm. Manakala motor elektrik depan memberikan tambahan 182 PS dan 270Nm, serta motor belakang dengan 54 PS dan 121Nm. 

Dengan bateri litium-ion berkapasiti 51 Ah, kereta ini boleh dipandu menggunakan mod elektrik sepenuhnya sejauh 90 kilometer.

Harga bagi Toyota Crown Sport RS Limited Matte Metal ini adalah sekitar 8,200,000 yen (anggaran RM235,677). Satu harga yang berbaloi bagi mereka yang mahukan kelainan serta keistimewaan dalam gaya dan prestasi.

Dari Careta

Baca Juga Toyota Kembali ke Formula 1 Bersama Haas

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan