Akhirnya Toyota Alphard 2023 telah tiba untuk pasaran di Malaysia. Lebih menarik ia membawa bersama kepelbagaian ciri dan aspek menonjolkan kemewahan dan kelebihan yang menjadikannya satu pilihan menarik buat segmen kereta penumpang bermutu tinggi.
Apa yang menarik tentang model terbaru ini? Jom kita selami spesifikasi penuh model Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge 2023.
Kuasa dan Prestasi
Toyota Alphard 2023 dikuasakan enjin Nadi 2.4 liter turbo (kod T24A-FTS) yang menawarkan 278 PS pada 6,000 rpm dan daya kilas mencapai 430 Nm pada julat 1,700-3,600 rpm. Dengan transmisi automatik Direct Shift 8, nisbah kelajuan dan Sequential Shiftmatic, Alphard memastikan pengalaman memandu yang halus dan bertenaga.
Suspensi dan Pengendalian
Suspensi hadapan menggunakan Topang MacPherson dengan penstabil. Manakala suspensi belakang Double Wishbone dengan penstabil memastikan keselesaan dalam mengendalikan jalan raya.
Ia hadir dengan dimensi 5,010 mm x 1,850 mm x 1,950 mm dengan jarak di antara roda sepanjang 3,000 mm dan radius putaran 5.9 meter. Dan daripada angka-angka tersebut, Alphard bolehlah kita katakan menawarkan pengendalian yang baik untuk saiznya.
Rekaan Luaran yang Mewah
Luaran Toyota Alphard 2023 menampilkan lampu depan Tri-LED, lampu belakang LED, lampu kabus LED, dan rim 19 inci dengan tayar 225/55 R19. Rekaan luaran yang menarik ini menambah nilai estetik dan prestij kepada kereta ini.
Kemewahan dalam Kabin
Ketika anda memasuki kabin Alphard, anda akan dihidangkan dengan pelbagai ciri kemewahan. Skrin kluster digital 12.3 inci memberikan maklumat penting dengan jelas, manakala skrin Display Audio 14 inci menyediakan akses mudah ke sistem hiburan dan navigasi.
Sistem audio JBL dengan 15 pembesar suara akan memberi kepuasan kepada pendengaran anda, dan sistem pencahayaan ambien 64 warna akan mencipta suasana yang selesa dan eksklusif. Bagi penggemar teknologi, Alphard menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, menjadikan penyambungan mudah ke telefon pintar anda.
Keselesaan dan Kelebihan Tempat Duduk
Tempat duduk pemandu Alphard boleh diatur dalam lapan tahap, manakala penumpang depan menikmati keselesaan dengan empat tahap boleh laras, pemanasan dan pengudaraan. Bagi baris kedua, tempat duduk Executive Lounge VIP dilengkapi dengan pelbagai perincian termasuk panel kawalan mudah alih, ciri Ottoman, Recline, Seat Massage, fungsi pemanasan, dan pengudaraan. Anda juga akan menerima skrin belakang 14 inci untuk hiburan tambahan.
Kemudahan Keselamatan yang Canggih
Dalam aspek keselamatan, Alphard 2023 tidak berkompromi. Ia dilengkapi dengan 6 beg udara, ABS, EBD, VSC, EPB, Brake Hold, Bantuan Mula Mendaki (HAC), dan Sistem pemantauan titik buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA). Ia juga mempunyai Sistem pemantauan tekanan tayar (TPSM) dan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem pra-pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA), serta Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS).
Harga yang Kompetitif
Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge 2023 ditawarkan pada harga RM538,000. Ini adalah pelaburan yang berbaloi untuk sesiapa yang menghargai kemewahan dan prestasi dalam satu bungkusan yang hebat.
Toyota Alphard 2023 dengan rekaan baharu yang memukau, kelengkapan yang premium, dan kemudahan teknologi yang canggih adalah pilihan yang wajar bagi sesiapa yang mencari MPV mewah. Ia menjelajah dengan gaya, keselesaan, dan prestasi, menjadikannya sebuah ikon dalam segmen MPV. Jadi, jika anda mencari kesempurnaan dalam penumpangan premium, Alphard 2023 mungkin jawapannya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.