Tissot, rakan kongsi rasmi MotoGP™ selama 25 tahun, memperkenalkan koleksi baharu T-Race yang meraikan sejarah panjang dunia motosikal dan perlumbaan.
Koleksi ini terdiri daripada empat jam tangan unik, termasuk dua edisi khas sempena ulang tahun ke-75 MotoGP™ dan dua model sambungan T-Race Chronograph Quartz yang menambah estetika moden kepada koleksi sedia ada.
Reka bentuk dan teknikaliti koleksi ini terinspirasi oleh DNA motosikal, mencerminkan gaya hidup penuh kebebasan dan semangat.
Dua model khas dalam koleksi ini direka untuk menghormati ulang tahun ke-75 MotoGP™.
Kedua-duanya menampilkan kombinasi warna biru dan merah yang melambangkan semangat dan keghairahan dunia perlumbaan.
Inspirasi reka bentuknya adalah daripada komponen motosikal termasuk cakera brek, penolak seperti hendal motosikal, dan sirip penyejuk enjin, memberikan sentuhan eksklusif pada setiap butiran.
Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan Super-LumiNova pada jarum jam dan minit untuk bacaan yang jelas dalam semua keadaan pencahayaan.
Tambahan pula, setiap jam hadir dengan “casing” replika helmet mini, menjadikannya koleksi yang unik untuk peminat MotoGP.
Model tambahan T-Race Chrono Quartz memberikan pilihan reka bentuk yang lebih universal tetapi tetap mengekalkan elemen sporty.
Dail berwarna hitam atau putih memberikan penampilan yang lebih elegan, sesuai untuk peminat gaya hidup yang aktif dan versatil.
Ciri-ciri seperti bezel dengan reka bentuk cakera brek, penolak hendal, dan sirip penyejuk enjin masih menjadi elemen utama, sambil memastikan pergerakan kuartz yang tepat dan jarum jam berlapis Super-LumiNova untuk bacaan mudah, walaupun digunakan pada waktu malam.
T-Race bukan sekadar koleksi jam tangan, ia adalah sebuah koleksi kepada gaya hidup peminat motosikal.
Setiap rekaan membawa semangat kelajuan, presisi, dan gaya hidup penuh kebebasan. Sama ada anda memilih model automatik Valjoux atau kuartz, koleksi ini menjanjikan gabungan gaya dan fungsi yang sempurna.
Baca Juga : Ketepatan Masa Perlumbaan, 2 Dekad Tissot Sebagai Penjaga Masa Rasmi MotoGP
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.