Topi keledar bukan sekadar hanya aksesori ia adalah barisan pertahanan pertama antara kepala penunggang jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Pada tahun 2025, pilihan topi keledar di pasaran semakin meluas, dengan pelbagai model dan teknologi ditawarkan untuk memenuhi keperluan dari segi bajet, gaya tunggangan dan tahap perlindungan.
Namun begitu, memilih topi keledar yang sesuai bukan sekadar soal gaya atau harga ia adalah berkenaan keselamatan anda ketika menunggang.
Di Malaysia, topi keledar merupakan satu-satunya peralatan perlindungan yang diwajibkan oleh undang-undang jalan raya.
Semua helmet yang dijual perlu memiliki pensijilan SIRIM QAS.
Pensijilan ini merupakan satu pengesahan bahawa produk tersebut telah melepasi ujian impak, ketahanan, dan helmet’s fastening system.
Untuk pembeli yang lebih teliti, topi keledar yang diluluskan mengikut piawaian ECE 22.06
dari Eropah juga semakin mendapat perhatian.Piawaian ini menggantikan ECE 22.05 dan kini menjadi standard baharu di UK serta lebih 50 negara lain.
Ia menetapkan protokol ujian yang lebih ketat, termasuk ujian hentakan dari pelbagai sudut dan rotating impact simulation.
Penunggang di UK turut merujuk kepada sistem Safety Helmet Assessment and Rating Programme (SHARP) satu inisiatif kerajaan yang memberi penarafan antara 1 hingga 5 bintang kepada topi keledar berdasarkan prestasi mereka dalam ujian impak dunia sebenar.
Walaupun SHARP bukan mandatori di Malaysia, ia boleh menjadi rujukan tambahan untuk pengguna yang inginkan tahap keyakinan lebih tinggi terhadap jenama antarabangsa.
Secara asasnya, struktur topi keledar terdiri daripada dua elemen utama:
Cangkerang luar – biasanya diperbuat daripada bahan seperti fiberglass, polycarbonate atau karbon fiber, direka untuk menyebarkan tenaga hentakan.
Lapisan dalaman EPS (Expanded Polystyrene) – berfungsi menyerap tenaga impak dan mengurangkan risiko kecederaan kepala.
Beberapa ciri tambahan yang wajar dipertimbangkan termasuk:
Sistem MIPS (Multi-directional Impact Protection System): Memberi perlindungan terhadap hentakan berputar.
EQRS (Emergency Quick Release System): Memudahkan pasukan perubatan menanggalkan topi keledar dalam situasi kecemasan tanpa mencederakan mangsa.
Helmet Sport / Naked Bike
Direka dengan keutamaan aerodinamik dan kestabilan pada kelajuan tinggi. Sesuai untuk penunggang motosikal sport atau naked bike.
Helmet Touring / Adventure
Gabungan ciri keselesaan untuk perjalanan jauh dan elemen perlindungan daripada habuk dan cahaya matahari. Ada visor penuh dan pelindung matahari (peak) yang boleh ditanggalkan.
Helmet Flip-Front (Modular)
Memberi kemudahan penunggang untuk membuka bahagian dagu tanpa perlu menanggalkan helmet sepenuhnya. Sesuai untuk kegunaan harian dan touring.
Helmet Retro / Klasik
Gaya vintaj dengan teknologi keselamatan moden. Sesuai untuk penunggang motosikal bergaya klasik atau cafe racer.
Helmet Urban / Jet
Ringan dan terbuka. Sesuai untuk penggunaan dalam bandar, namun perlindungan lebih rendah berbanding helmet penuh.
Seperti kata pepatah, “anda dapat apa yang anda bayar.” Namun dalam kes topi keledar, ada banyak pilihan berkualiti tinggi pada harga mampu milik.
Perbezaan utama antara helmet bajet dan premium biasanya terletak pada:
Berat bahan binaan
Sistem pengudaraan
Tahap kebisingan angin
Sokongan aksesori seperti pinlock dan sistem interkom
Yang penting, pastikan ia mempunyai pensijilan SIRIM
barulah pembelian anda benar-benar berbaloi.Menunggang tanpa topi keledar yang berkualiti ibarat berjudi dengan nyawa sendiri.
Sama ada anda penunggang harian, peminat sukan permotoran atau pengembara jalan jauh, pelaburan dalam topi keledar berkualiti adalah satu keputusan yang tidak boleh dikompromi.
Topi keledar bukan tentang harga, tapi tentang perlindungan. Pilih dengan bijak, pakai dengan betul.
Baca Juga : Koroyd Gantikan EPS dalam Helmet, 42% Lebih Efisien Serap Impak
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.