Untuk mendapat gelaran kereta terpantas di dunia, sebuah kenderaan memerlukan enjin yang sangat kuat, atau motor elektrik dan pakej bateri yang besar. Aerodinamik juga memainkan peranan yang besar untuk mengharungi rintangan angin dan mengatasi geseran. Faktor berat sebuah kereta juga mampu mempengaruhi kelajuannya, serta tayar kereta (dan keupayaan mereka untuk menahan kekuatan rotasi yang besar) juga memainkan peranan besar.
Roda panas ingin berkongsi tentang 10 kereta terpantas di dunia untuk tahun 2023 yang telah dipandu uji dan disenaraikan oleh carwow.
1.Bugatti Chiron Supersport 300+
Kelajuan maksimum: 304mph (489km/j)
0-60mph: 2.2 saat
Bagi mereka yang membesar pada tahun 2000-an, mungkin terlintas di fikiran anda bahawa kereta terpantas di dunia adalah Bugatti Veyron . Ya, semangat kereta tersebut telah diwarisi oleh Bugatti Chiron Supersport 300+, sebuah jentera mega 8.0-liter quad turbocharged 1,600 kuasa kuda sama seperti namanya yang mampu dipandu melebihi 300mph.
Secara spesifik, kereta ini mencapai 304mph ketika jenama Perancis itu melepaskannya di trek ujian Volkswagen Ehra-Lessien. Chiron 300+ tidak memegang rekod dunia secara rasmi kerana ia hanya melakukan ujian tersebut dalam satu arah sahaja. Untuk memecahkan rekod, kereta tersebut perlu melakukannya dua kali ujian pemanduan dalam arah yang berlawanan, tetapi Bugatti memutuskan untuk tidak melakukannya atas sebab tertentu.
2.SSC Tuatara
Kelajuan maksimum: 295mph (475km/j)
0-60mph: 2.5 saat
SSC Tuatara (Too-ah-ta-ra) mempunyai V8 twin-turbocharged yang mengeluarkan sehingga 1,750 kuasa kuda apabila ia dipandu menggunakan etanol, namun ada sedikit kontroversi mengenai kelajuan maksimum rasmi kenderaan ini.
SSC mendakwa Tuatara sebenarnya mencapai 316mph pada Oktober 2020 untuk menjadikannya kereta terpantas di dunia tetapi kemudian mengakui kesilapan GPS yang menggambarkan kelajuan itu dengan salah. Ujian pada awal 2023 kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum sebenar 295mph.
3.Hennessey Venom F5
Kelajuan maksimum: 272mph (438km/j)
0-60mph: 2.6 saat
Hennessey Venom F5 mempunyai 6.6-litre twin-turbocharged V8 dengan 1,817 kuasa kuda dan 1,617Nm tork.
Itu cukup untuk melancarkannya dari 0-60mph dalam 2.6 saat, dan kelajuan maksimum kereta ini adalah 272mph buat masa ini. Hennessey ingin mendapatkan lebih banyak lagi daripada F5, dengan jenama itu mensasarkan kelajuan maksimum lebih daripada 300mph.
4.Rimac Nevera
Kelajuan maksimum: 258mph (415 km/j)
0-60mph: 1.9 saat
Hypercar EV ini mempunyai empat motor elektrik, menghasilkan 1,914 kuasa kuda yang hebat dan 2,300Nm tork. Itu cukup untuk melancarkannya dari 0-60mph dalam hanya 1.9 saat, dan kelajuan maksimum kereta ini adalah 258mph. Hapir sepenuhnya komponen kereta ini diperbuat daripada “carbon fibre” untuk memastikan kereta ini tidak terlalu berat.
5.McLaren Speedtail
Kelajuan maksimum: 250mph (402 km/j)
0-60mph: 2.5 saat
McLaren tidak merancang Speedtail untuk memecahkan rekod dunia, tetapi, dengan kelajuan maksimum 250mph, ia adalah kereta di atas jalan raya paling pantas pernah dihasilkan. Itu lebih pantas daripada kereta tiga tempat duduk terakhirnya McLaren F1.
6.Koenigsegg Regera
Kelajuan maksima: 250mph (402km/j)
0-60mph: 2.8 saat
Hampir merupai Speedtail adalah Koenigsegg Regera. Jentera daripada Sweden ini dilengkapi dengan enjin V8 dwi-turbo dan motor elektrik yang menghasilkan jumlah 1,500 Kuasa Kuda.
Tidak seperti kereta lain dalam senarai ini, Regera boleh pergi dari 0-250mph menggunakan hanya SATU gear. Ya, tidak kira jika anda sedang bergerak pada 30mph atau untuk mencapai kelajuan maksima 250mph anda akan berada dalam gear yang sama.
7.Aston Martin Valkyrie
Kelajuan maksima: 250mph (402km/j)
0-60mph: 2.2 saat
Anda mungkin tidak akan terfikir bahawa Aston Martin Valkyrie adalah sah di jalan raya. Ia mungkin kelihatan seperti kereta lumba untuk LeMans sepenuhnya, tetapi anda boleh memandunya di jalan. Hadir dengan enjin hibrid V12 6.5-liter dengan 1,160 Kuasa Kuda, mampu membawa kereta ini dari 0-60mph dalam 2.5 saat.
8.Pagani Huayra
Kelajuan maksima: 238mph (383km/j)
0-60mph: 3.2 saat
Pagani Huayra memiliki enjin V12 dwi-turbo yang diperoleh dari AMG dengan keluaran 730 Kuasa Kuda dan 1,000Nm tork, cukup untuk kelajuan maksima 238mph. Huayra kebanyakannya dibuat daripada “Carbon Fibre” untuk memastikan kenderaan ini ringan, serta untuk menjadikannya lebih “solid”, dan ia dilengkapi dengan aero aktif untuk membantunya meluncur dengan lebih mudah.
9.Lamborghini Revuelto
Kelajuan maksima: 217mph (349km/j)
0-60mph: 2.5 saat
Secara khusus, kereta ini menghasilkan sehingga 1,015 Kuasa Kuda, lebih daripada mana-mana Lamborghini yang berada di jalan raya. 0-60mph hanya dalam 2.5 saat, dan ia akan terus ke kelajuan maksima 217mph.
10.Koenigsegg Jesko Absolut
Kelajuan maksima: 310mph (499km/j) (dalam teori)
0-60mph: 2.5 saat
Jesko Absolut hadir dengan enjin V8 dwi-turbo menghasilkan 1,600 Kuasa Kuda apabila ia menggunakan bahan api perlumbaan E85.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa, dengan kelajuan maksima yang diklaim 310mph, Jesko Absolut tidak berada di senarai teratas.Koenigsegg sebenarnya belum menguji kelajuan maksima di dunia nyata, tetapi sebaliknya hanya mensimulasikannya menggunakan komputer. Anda harus menunggu hingga ia diuji secara nyata sebelum ia dapat mengambil tempat teratas.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.