Hyundai Motor Malaysia Umum Tempahan Dibuka Untuk STARIA CKD

Share

Hyundai Motor Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi Hyundai STARIA versi pemasangan tempatan (Completely Knocked Down – CKD) yang kini diproduksi di Kilang Inokom, Kulim, Kedah. Langkah ini menandakan satu lagi komitmen penting Hyundai terhadap pasaran Malaysia, menjadikan MPV premium futuristik itu lebih mudah diakses oleh pelanggan tempatan.

Model ini kini tampil dengan pilihan warna luaran baharu iaitu Jet Black, Snow Flake White Pearl, Meteor Grey

dan Stormy Sea. Warna-warna ini ditawarkan untuk semua varian, menonjolkan personaliti tersendiri bagi setiap pemilik.

Harga STARIA CKD Bermula RM179,888

Untuk pasaran tempatan, Hyundai STARIA CKD ditawarkan pada harga antara RM179,888 hingga RM267,888, bergantung kepada varian. Julat harga ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan sama ada mereka mencari MPV mewah untuk keselesaan keluarga atau pilihan korporat bagi kegunaan eksekutif.

Pemasangan tempatan STARIA di Kulim bukan sekadar langkah komersial, tetapi satu usaha strategik Hyundai untuk memperkukuh kehadirannya di rantau ASEAN. Dengan teknologi dan piawaian pengeluaran bertaraf global, model ini mengekalkan segala ciri utama versi import termasuk rekaan kabin yang luas, keselesaan tinggi, dan sistem keselamatan canggih.

Hyundai Motor Malaysia turut menegaskan bahawa model ini akan menawarkan nilai lebih baik tanpa menjejaskan kualiti, menjadikannya pilihan kompetitif dalam segmen MPV premium di Malaysia.

Komitmen Hyundai Terhadap Malaysia

Pengenalan STARIA CKD ini menjadi bukti berterusan komitmen Hyundai dalam memperkukuh pelaburan dan jaringan pengedarannya di Malaysia. Langkah ini juga membuka lebih banyak peluang bagi pengguna menikmati mobiliti moden yang inovatif dan lestari, selaras dengan visi global Hyundai sebagai “Smart Mobility Solution Provider”.

Pelanggan kini boleh berkunjung di mana-mana pengedar sah Hyundai di seluruh negara untuk melihat sendiri STARIA baharu ini dan membuat tempahan. Untuk maklumat lanjut serta kemas kini terkini, pelanggan boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Hyundai Malaysia

atau melayari laman web rasmi Hyundai.

Baca Juga : Hyundai Motor Malaysia Umum Jaminan 8 Tahun / 160,000km Model STARIA, TUCSON & SANTA FE

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi