Automotif

Tech-Air 5 Plasma, Evolusi Airbag Vest

Share

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma, Airbag Vest Dengan “DNA MotoGP” Dalam Pakej Paling Ringan

Teknologi airbag untuk motosikal bukan perkara baharu. Tetapi apa yang membezakan produk tersebut adalah teknologi yang digunakan.

Terbaharu, Alpinestars memperkenalkan Tech-Air 5 Plasma dan Ia adalah kemaskini menyeluruh dari segi hardware dan software. Model Plasma kini menjadi airbag vest paling ringan pernah dihasilkan oleh jenama itu.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Tech-Air 5 Plasma : 20 Tahun Data Kemalangan Dalam Satu Sistem

Keunikan terbesar Plasma terletak pada asas pembangunannya. Sistem ini dibentuk menggunakan pangkalan data sejak 2004 ketika Alpinestars mula mengumpul data kemalangan pelumba MotoGP.

Berjuta kilometer tunggangan dan ribuan crash data dianalisis untuk melatih algoritma berasaskan AI yang digunakan hari ini.

Di dalam Plasma terdapat konfigurasi enam sensor iaitu tri-axial accelerometer dan tri-axial gyroscope. Sensor ini membaca pergerakan dalam pelbagai arah dan memproses data secara masa nyata. Apabila sistem mengesan pola pergerakan yang menyerupai kemalangan sebenar, airbag akan mengembang dalam masa sekitar 20 milisaat lebih pantas daripada reaksi otot manusia.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Tiga Riding Mode Dalam Satu Platform Pintar

Tidak seperti sistem generasi lama yang mempunyai satu tahap sensitiviti tetap, Plasma menawarkan tiga mod tunggangan iaitu Street, Race dan Off-Road.

Setiap mod mempunyai parameter pengaktifan yang berbeza. Mode Race misalnya lebih toleran terhadap pergerakan agresif seperti hard braking dan lean angle extreme, manakala Street lebih sensitif terhadap impak yang tidak dijangka.

Penukaran mod dilakukan dengan mudah dan sistem memberi maklum balas melalui getaran serta indikator LED.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Tech-Air 5 Plasma – 1.53kg, 25% Lebih Ringan

Dengan berat sekitar 1,530 gram, Plasma adalah lebih 25% lebih ringan berbanding Tech-Air 5 sebelumnya.

Lebih penting, ia lebih slim dan fleksibel. Airbag vest ini direka untuk dipakai di dalam jaket tanpa back protector tambahan. Reka bentuk ini menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian berbanding model lebih besar seperti Tech-Air 7 atau Tech-Air 10 yang menawarkan perlindungan lebih menyeluruh tetapi kurang diskrit.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Sistem Elektronik Yang Mesra Pengguna

Pengaktifan sistem vest ini cukup ringkas, zip vest dan tutup flap magnetik di bahagian depan. LED dan getaran akan memberi isyarat sistem sudah bersedia.

Kuasa datang daripada bateri lithium-ion terbina dalam yang mampu bertahan sehingga 30 jam tunggangan, dengan pengecasan USB-C.

Plasma turut disokong aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna menyemak status sistem, melihat tahap bateri, melakukan firmware update serta menggunakan fungsi MyRide untuk merekod dan memetakan laluan.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Pensijilan & Kos Selepas Pengaktifan

Airbag ini diperakui mengikut standard EN1621-4:2013 Level 1, manakala back protector terbina dalam juga bertaraf Level 1.

Selepas deployment, gas inflator boleh diganti sendiri dengan kos sekitar £89.99, selagi bladder tidak rosak. Setiap bladder direka untuk sehingga enam kali inflasi sebelum perlu diganti sepenuhnya.

Alpinestars mencadangkan sistem diganti selepas 10 tahun penggunaan, dengan servis berkala setiap dua tahun atau 500 jam tunggangan.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Tech-Air 5 Plasma menonjol bukan kerana ia paling besar atau paling tebal, tetapi kerana ia paling refined dalam kelasnya.

Lebih ringan, lebih slim, lebih pintar dan lebih praktikal.

Baca Juga : WD-40 Bukan Sekadar Pelincir Rantai Motosikal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi