Automotif

Syarat Permohonan Cermin Gelap Kenderaan

Share

Cermin gelap. Kita pasti pernah tertanya mengapa sesetengah kenderaan kerajaan dan kenderaan mewah bercermin gelap, boleh ke? Macam mana mereka mohon dan pada siapa untuk dimohon? Artikel ini bakal kupaskan proses yang perlu dibuat untuk mendapat kelulusan penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian.

Dalam pada itu, peraturan penggunaan cermin gelap berdasarkan peratus ketelusan cahaya (VLT) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan pindaan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 telah dikuatkuasakan bermula 8 Mei 2019.

-Semakan Online

Jadinya, pengguna kenderaan tidak perlu mengemukakan permohonan penggunaan cermin gelap sekiranya penggunaan cermin gelap adalah mengikut spesifikasi VLT yang dikeluarkan oleh JPJ.

Pengguna kenderaan yang ingin mendapatkan cermin gelap berspesifikasi VLT yang lebih rendah di bahagian cermin depan dan cermin sisi di bahagian pemandu perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Permohonan cermin gelap berspesifikasi VLT lebih rendah adalah berdasarkan keperluan kesihatan dan keselamatan sahaja. Permohonan baharu, pembaharuan dan pertukaran bagi setiap kenderaan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon.

Pemohon dan pemilik kenderaan perlu bebas daripada mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP, APAD dan lain-lain Akta yang berkaitan.

Syarat tambahan bagi permohonan pertukaran

  1. Syarat bagi permohonan pertukaran kelulusan cermin gelap adalah pemilik kenderaan motor yang membuat tukar ganti (
    interchange) nombor pendaftaran kenderaan motor atau pemilik kenderaan motor membuat penukaran kepada mana-mana kenderaan motor yang dimilikinya.
  2. semasa membuat permohonan pertukaran.
  3. Tempoh sah laku kelulusan terdahulu adalah tidak kurang daripada 6 bulan dari tamat tempoh kelulusan. Sekiranya tempoh sah laku kelulusan terdahulu melebihi 6 bulan, pemohon perlu membuat permohonan baru.
  4. Sekiranya permohonan pertukaran diluluskan, tempoh tamat sah kelulusan adalah mengikut tempoh tamat kelulusan terdahulu.
– VORT-X-SAMPLE-TINT

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan cermin gelap

  • Bagi permohonan baru, pembaharuan dan pertukaran, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Borang CG1 (borang boleh didapati di laman web JPJ).
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
  4. Salinan Sijil Kelulusan Cermin Gelap (bagi permohonan pembaharuan dan pertukaran).
  5. Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja. Jika kenderaan bukan hak milik pemohon, dokumen / surat hubungan dengan pemilik kenderaan perlu dikemukakan. Contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan).
  • Bagi permohonan berkaitan keperluan kesihatan, dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Bagi kenderaan milikan persendirian individu, pemohon perlu mengemukakan salinan laporan perubatan terkini oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik.
  2. Bagi kenderaan persendirian syarikat, pemohon perlu mengemukakan borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar.
  • Bagi permohonan berkaitan keperluan keselamatan untuk kenderaan milikan persendirian individu, dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi
  • Bagi permohonan berkaitan keperluan keselamatan untuk kenderaan milikan persendirian syarikat, dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
  • Bagi permohonan berkaitan keperluan keselamatan untuk kenderaan milikan atau sewaan Kerajaan, dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Jabatan
  • Bagi permohonan berkaitan keperluan keselamatan untuk kenderaan milikan kedutaan atau kakitangan kedutaan, dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Surat permohonan daripada kedutaan.
  • Bagi Permohonan Pertukaran, pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Perakuan kelulusan kenderaan terdahulu.
– shutterstock

Bayaran permohonan baru, pembaharuan dan pertukaran

  • Tiada bayaran dikenakan untuk Fi Permohonan dan Fi Perakuan untuk permohonan baharu, pembaharuan dan pertukaran bagi permohonan berkaitan keperluan kesihatan.
  • Bayaran RM50.00 untuk Fi Permohonan untuk permohonan baharu, pembaharuan dan pertukaran bagi permohonan berkaitan keperluan keselamatan.
  • Bagi Kenderaan Persendirian Individu / Persendirian Syarikat yang ingin membuat permohonan penggunaan cermin gelap untuk keperluan keselamatan, bayaran RM5,000.00 untuk Fi Perakuan untuk permohonan baharu dan pembaharuan dikenakan.
  • Bagi Kenderaan Persendirian Individu Kedutaan / Milikan Kedutaan yang ingin membuat permohonan penggunaan cermin gelap untuk keperluan keselamatan, bayaran RM5,000.00 untuk Fi Perakuan untuk permohonan baharu dan pembaharuan dikenakan.
  • Bagi Kenderaan Milikan Kerajaan yang ingin membuat permohonan penggunaan cermin gelap untuk keperluan keselamatan, tiada bayaran dikenakan untuk Fi Perakuan untuk permohonan baharu, pembaharuan dan pertukaran.
  • Bayaran Fi Permohonan perlu dibuat setelah membuat permohonan, manakala bayaran Fi Perakuan perlu dibuat setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap. Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Bayaran Fi Permohonan dan Fi Perakuan boleh dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ Negeri / Cawangan atau secara atas talian di Portal Awam JPJ.

Tempoh sah laku permohonan cermin gelap

  • Tempoh sah laku permohonan berkaitan keperluan kesihatan adalah selama 2 tahun.
  • Tempoh sah laku permohonan berkaitan keperluan keselamatan bagi Kenderaan Milikan Kerajaan adalah selama 5 tahun.
  • Tempoh sah laku permohonan berkaitan keperluan keselamatan bagi Kenderaan Persendirian Individu / Persendirian Syarikat dan Kenderaan Persendirian Individu Kedutaan / Milikan Kedutaan adalah selama 2 tahun.
  • Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang telah dinyatakan dan bayaran fi dijelaskan.
– Internet

Keputusan permohonan

  • Surat keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat JPJ kepada pemohon secara pos berdaftar.
  • Sijil Perakuan kelulusan cermin gelap akan diserahkan kepada pemohon secara pos berdaftar. Pemohon juga boleh hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat JPJ untuk penyerahan sijil.

Kadar saman yang dikenakan

Menurut JPJ, pemilik kenderaan yang gagal untuk mematuhi peraturan cermin gelap boleh dikenakan hukuman denda tidak melebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Dalam hal sabitan kali kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.

Kredit – Vort-X.com / Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Baca: Cermin Kereta Gelap Ikut Spesifikasi JPJ 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan