
Suzuki Motor Corporation memperkenalkan sebuah motosikal kolaborasi khas bersama Capcom yang diinspirasikan daripada “game” popular Street Fighter 6.
Model unik ini dikenali sebagai “Hayabusa Tuned by JURI”, yang dibangunkan berasaskan superbike ikonik Suzuki Hayabusa. Model ini dipamerkan kepada umum sempena kejohanan dunia permainan tersebut iaitu CAPCOM CUP 12 serta Street Fighter League: World Championship 2025.
Kolaborasi ini merupakan model kedua selepas Suzuki sebelum ini memperkenalkan GSX-8R Tuned by JURI
yang tampil dengan tema warna ungu.Rekaan motosikal ini mengambil inspirasi daripada watak antagonis terkenal dalam siri Street Fighter iaitu Juri Han.
Menariknya, Suzuki menggunakan skema warna alternatif (2P color) bagi watak tersebut yang menampilkan kombinasi putih, hitam dan kuning. Gabungan warna ini disusun secara agresif pada panel badan motosikal bagi menggambarkan personaliti Juri.
Suzuki menyatakan konsep ini melambangkan gabungan prestasi tinggi Hayabusa dengan karakter Juri yang sentiasa mengejar kemenangan, sekali gus menghasilkan sebuah jentera yang digambarkan sebagai “next-dimension machine.”
Motosikal kolaborasi ini akan dipamerkan di booth Suzuki semasa acara CAPCOM CUP 12 yang berlangsung di:
Lokasi:
Ryogoku Kokugikan, TokyoTarikh: 11 hingga 15 Mac 2026
Lokasi pameran: Booth Suzuki di tingkat 1
Pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat motosikal ini secara dekat, malah turut dibenarkan bergambar sambil duduk di atas motosikal tersebut di ruang photo spot khas yang disediakan.
Sebagai cenderamata, pengunjung yang mengambil gambar akan menerima poskad edisi khas kolaborasi, selain beberapa barangan eksklusif seperti digital sticker, ID strap dan kad keahlian khas. Namun begitu, semua barangan ini diberikan secara terhad dan hanya selagi stok masih tersedia.
Siri Street Fighter yang diterbitkan oleh Capcom merupakan antara francais permainan pertarungan paling berpengaruh sejak ia diperkenalkan pada tahun 1987.
Sehingga kini, siri tersebut terus berkembang dengan pelbagai sekuel dan spin-off. Judul terbaharu, Street Fighter 6, dilaporkan telah mencapai jualan global sekitar 6 juta unit setakat November 2025, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai salah satu permainan fighting paling popular di dunia.
Baca Juga : Suzuki GSX-8TT – Semangat Retro, Prestasi Generasi Baharu
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok