Suzuki Fronx Hybrid Dilancarkan di Malaysia

Share

Suzuki Fronx Hybrid, SUV Kompak 5-Bintang Dengan Rekaan Coupe & Teknologi Hibrid 1.5L

Naza Eastern Motors baru-baru ini telah memperkenalkan Suzuki Fronx Hybrid, model SUV kompak baharu yang menandakan kemunculan Suzuki dalam segmen urban lifestyle di Malaysia. Gabungan reka bentuk coupe, teknologi hibrid serta penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP menjadikannya antara model paling lengkap dalam kelasnya.

Fronx dibina di atas platform ringan generasi baharu Suzuki, menampilkan gril krom, lampu utama LED dengan DRL berbentuk tanda tangan, bar lampu belakang LED, kemasan pelindung badan dan skid plate yang memberi imej lebih ranggi. Profil coupe dengan garis bahu lebih tegas menjadikan model ini tampil lebih dinamik berbanding SUV kompak lain.

Dimensi Fronx:

  • 3,995 mm panjang

  • 1,765 mm lebar

  • 1,550 mm tinggi

  • 2,520 mm jarak roda

Model ini dipadankan dengan rim aloi 16 inci, bersama pilihan warna dua tona seperti Rising Orange + Cool Black dan Ice Grayish Blue + Cool Black.

Ruang dalaman Fronx masih mengekalkan identiti Suzuki yang minimalis tetapi berfungsi. Antara kelengkapan utama:

  • Skrin infotainmen 9 inci (Apple CarPlay & Android Auto)

  • Head-Up Display (HUD)

  • Kamera 360 darjah

  • Stereng yang dibalut kulit dengan talaan tilt & telescopic

  • Cruise control

  • Pengecas tanpa wayar

Suzuki turut menekankan aspek NVH dengan tahap penebat bunyi lebih baik, menggunakan indeks artikulasi tinggi bagi menghalang bunyi luar.

Praktikaliti dipertingkatkan dengan:

  • 308L ruang but

  • Kerusi belakang 60:40 split-fold

  • 7 ruang simpanan serba guna

Enjin Hibrid 1.5L K15C

Di bawah bonet, Fronx Hybrid menggunakan enjin 1.5L K15C empat silinder petrol dengan sistem hibrid 12V, menjana:

  • 103 PS @ 6,000 rpm

  • 138 Nm @ 4,400 rpm

Dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan paddle shifters. Suzuki mendakwa jarak pemanduan lebih 700 km (WLTP) dengan tangki 37L.

Sistem suspensi:

  • MacPherson strut (hadapan)

  • Torsion beam (belakang)

  • Brek cakera hadapan dengan penyejukan yang lebih baik.

Pakej keselamatannya antara paling lengkap dalam segmennya, merangkumi Suzuki Safety Support:

  • 6 beg udara

  • ABS + EBD + BA

  • ESP & Hill Hold Control

  • Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)

  • Adaptive Cruise Control

  • Blind Spot Monitor & Rear Cross Traffic Alert

  • Lane Change Assist

  • Lane Departure Warning/Prevention & Lane Keep Assist

  • High Beam Assist

Struktur badan TECT Suzuki memastikan penyerapan tenaga impak lebih optimum, sementara jarak kelegaan tanah 170 mm memberi keyakinan ketika melalui permukaan tidak rata.

Harga, Waranti & Promosi Awal

Suzuki Fronx Hybrid ditawarkan pada harga:

RM147,888

(harga atas jalan tanpa insurans)

Waranti:

  • 3 tahun / 100,000 km (kenderaan)

  • 5 tahun / 100,000 km (bateri hibrid)

Promosi Early Birds (hingga 31 Disember 2025):

  • Rebat RM4,000, atau

  • Pakej Aksesori Suzuki (roof rack + roof basket + door visor), atau

  • Servis percuma 3 tahun

Baca Juga : Suzuki Swift Sport Final Edition Dilancarkan di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi