Sebagai satu acara yang tidak hanya merangkumi sejarah industri, tetapi juga sebuah penghormatan terhadap teknologi dan kecanggihan mekanikal yang membentuk dunia moden, Stoke Row Steam Rally telah menjadi lambang utama kepada pencinta enjin stim dan kenderaan klasik di United Kingdom.
Acara ini diadakan setiap tahun di Hill Bottom, Whitchurch Hill, Oxfordshire.
Rally ini menyatukan lebih daripada 1000 jentera daripada era industrialisasi yang memberikan satu pengalaman pameran yang tiada tandingannya.
Pertama kali acara ini diajurkan adalah pada tahun 1980.
Stoke Row Steam Rally
bertujuan untuk memelihara warisan industri yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan UK.Acara ini terus berkembang dengan pesat dan kini dikenali sebagai salah satu pameran terbesar dan paling lama di dunia dalam kategori jentera stim.
Acara ini membawa pengunjung melalui sejarah industri yang kaya dengan nostalgia dan pencapaian teknologi.
Sejak tahun 1980, Stoke Row Steam Rally telah menjadi sebuah acara tahunan yang menarik minat lebih daripada 10,000 pengunjung pada setiap edisi.
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-42 acara ini.
Pada tahun 2023 lebih 40 enjin stim bersaiz penuh dan lebih daripada 55 enjin miniatur yang turut dipamerkan.
Acara ini mempamerkan kekuatan dan ketahanan jentera yang telah bertahan lebih daripada satu abad.
Secara tidak langsung memberi penghormatan kepada warisan dan kepakaran jurutera masa lampau.
Acara ini tidak hanya sekadar satu pameran, tetapi satu pengalaman langsung bagi sesiapa yang ingin memahami dengan lebih mendalam kehebatan jentera stim.
Para pengunjung dapat melihat lebih daripada 1000 pameran jentera.
Jentera tersebut merangkumi enjin stim, traktor lama, motosikal klasik, kereta antik, dan enjin pegun yang telah digunakan dalam pelbagai sektor industri.
Pameran enjin stim adalah tumpuan utama di rally ini, dengan kebanyakan enjin yang dipamerkan berusia lebih 100 tahun.
Salah satu enjin stim terbesar yang sering mendapat perhatian adalah The Lord Raglan.
Enjin ini adalah sebuah enjin stim yang digunakan untuk tujuan pertanian dan pengangkutan pada zaman dahulu.
Baca juga : Kove 450RR, Empat Silinder 69.7 BHP
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis kenderaan klasik yang kini dianggap sebagai warisan berharga.
Bagi penganjur dan peserta, Stoke Row Steam Rally bukan hanya satu acara tahunan, tetapi satu penghormatan kepada mereka yang telah mengorbankan masa dan usaha untuk menjaga warisan teknologi ini.
Acara ini bertujuan untuk mendidik generasi baru tentang betapa pentingnya mengenali dan menghargai pencapaian yang telah membentuk industri moden.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.