Mungkin ini bertita gembira kepada peminat Aprilia apabila tular kemunculan spyshot yang mendedahkan model super-naked Aprilia Tuono V4 2025.
Berdasarkan gambar spyshot tersebut, mungkin ada transformasi besar pada model ini, termasuk kemunculan sayap aerodinamik baharu.
Dua buah motosikal ujian dikesan di jalan raya, menunjukkan Aprilia bersedia untuk memperkenalkan generasi baru keluarga Aprilia Tuono V4 2025 dalam masa terdekat.
Model ini hadir dengan enjin V4 65 darjah berkapasiti 1077cc serta casis yang diilhamkan dari dunia perlumbaan.
Model ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 2021 dan dijangka menerima lebih banyak penambahbaikan pada tahun 2025.
Meskipun motosikal ujian ini dilengkapi dengan penutup enjin yang diubahsuai sedikit, enjin utama dan casis utama dilihat kekal sama seperti model V4 terdahulu.
Namun, ketiadaan pelindung bawah enjin (bellypan) menampakkan penambahan pemangkin pada sistem ekzos serta beberapa pengubahsuaian pada radiator, yang berkemungkinan menunjukkan perubahan dalaman bagi mematuhi peraturan emisi terkini.
Selain itu, peningkatan kuasa kuda dijangka berlaku memandangkan pesaing seperti KTM 1390 Super Duke R kini menghasilkan 187bhp, dan beberapa pesaing lain melebihi 200bhp — kuasa yang luar biasa untuk motosikal tanpa fairing!
Perubahan besar yang ditunggu-tunggu adalah pada rekaan luaran.
Tuono V4 kini dilengkapi dengan sayap aerodinamik yang diintegrasikan pada bahagian depan.
Ianya diilhamkan daripada jentera MotoGP RS-GP Aprilia dan sayap ini juga mirip dengan model terhad RSV4 X Ex3ma.
Sayap aerodinamik pada Tuono V4 kelihatan lebih elegan dan mampu memberikan daya lesapan yang signifikan.
Selain itu, Aprilia juga dijangka memberi sentuhan baharu pada bahagian ekor motosikal ini, yang diilhamkan daripada RSV4.
Lampu belakang pula kelihatan akan diintegrasikan bersama lampu isyarat, ciri yang berguna untuk penukaran motosikal ini kepada mod perlumbaan trek.
Meskipun hanya satu model Tuono V4 yang diuji dalam spyshot ini, foto lain menunjukkan motosikal kedua dengan tayar yang lebih sesuai untuk jalan raya.
Ini memberikan petunjuk bahawa edisi Standard dan Factory akan terus kekal dalam barisan model 2025 ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.