Sime Motors Umum Pemenang Sulung Kempen Ulang Tahun ke-45

Share

Sime Motors Raikan 45 Tahun Kejayaan, BMW 2 Series Menanti Pemenang Utama

Sime Motors memulakan sambutan ulang tahun ke-45 mereka dengan mengumumkan pemenang-pemenang pertama Kempen Hadiah Hebat Ulang Tahun ke-45. Kempen ini adalah penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Sime Motors selama lebih empat dekad dalam industri automotif tempatan.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada sambutan besar-besaran syarikat ini yang berlangsung hingga hujung tahun 2025, dengan ganjaran lumayan menanti pelanggan baharu dan sedia ada.

Hadiah utama yang menjadi tumpuan ramai adalah sebuah BMW 2 Series Gran Coupé yang dijangka akan menjadi kemuncak kempen apabila kunci rasmi diserahkan kepada pemenang bertuah menjelang akhir tahun ini.

Antara hadiah menarik yang disediakan termasuk barangan eksklusif jenama automotif di bawah Sime Motors seperti BMW, BYD, Ford dan Volvo, menjadikan kempen ini antara yang paling menarik pernah dianjurkan oleh syarikat berkenaan.

Senarai Pemenang Bertuah Cabutan Pertama

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan, syarikat ini mengumumkan 10 pemenang pertama bagi cabutan awal kempen ini:

  1. You Seng Concrete Sdn Bhd – Ford Kuching

  2. Nia Jun Hau – BYD Pulau Pinang

  3. Ooi Wee Chew – BYD Pulau Pinang

  4. Ahmad Haniff bin Jamaludin – Volvo Ara Damansara

  5. Nur ’Athifah binti Jusoh – Auto Bavaria Balakong

  6. Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd – Auto Bavaria Ara Damansara

  7. Lee Hui Hui – Ford Ara Damansara

  8. Yvonne Lee Kaie Xin – BYD Penang

  9. Stephanie Khaw Chia Ling – BYD Penang

  10. Wan Noor Maisya binti Baruddin – BYD Johor Bahru

Setiap pemenang membawa pulang hadiah eksklusif daripada Sime Motors, sekaligus menandakan permulaan kepada detik penuh debar menjelang cabutan utama yang menawarkan BMW 2 Series Gran Coupé sebagai hadiah utama.

Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors bagi rantau Asia Tenggara, kempen ini bukan sekadar bentuk promosi, tetapi satu cara untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada pelanggan yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

“Kempen ini adalah cara kami meraikan 45 tahun yang luar biasa bersama para pelanggan kami. Kami amat gembira melihat keterujaan yang semakin meningkat pada setiap cabutan, dan kami tidak sabar untuk menyerahkan kunci BMW 2 Series kepada pemenang hadiah utama kami!” katanya.

Tambah beliau, kejayaan syarikat ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan pelanggan dari seluruh Malaysia yang terus mempercayai jenama-jenama di bawah naungan syarikat itu.

Kempen Berlangsung Hingga Disember

Bagi mereka yang belum menyertai, masih ada masa untuk berbuat demikian. Kempen Hadiah Hebat Ulang Tahun ke-45 Sime Motors akan berlangsung sehingga 31 Disember 2025, memberi peluang kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada untuk mengambil bahagian dengan mudah.

Setiap pembelian kenderaan di mana-mana pengedar rasmi di bawah Sime Motors  termasuk Auto Bavaria, Volvo Car Malaysia, Ford Malaysia dan BYD Sime Motors

secara automatik melayakkan pelanggan untuk menyertai cabutan bertuah berikutnya.

Lebih banyak pembelian atau transaksi, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah impian termasuk BMW 2 Series Gran Coupé.

Baca Juga : Sime Motors Meraikan 45 Tahun Dalam Gema Simfoni di Dewan Filharmonik PETRONAS

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi