Jenama topi keledar terkemuka dari Jepun, Shoei telah melancarkan produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia iaitu X-Fifteen. Ia merupakan topi keledar direka khusus bagi memenuhi keperluan penunggang motosikal yang mengutamakan prestasi dan keselamatan.
Baru-baru ini sebuah acara pra-tontonan eksklusif telah diadakan oleh Shoei Malaysia dengan menawarkan 100 pemilik pertama topi keledar ini peluang untuk mendapatkan saiz dan memilih grafik topi keledar mengikut pilihan mereka.
Berikut merupakan beberapa ciri-ciri utama topi keledar Shoie X-Fifteen:
Topi keledar ini direka untuk menyediakan stabiliti maksimum pada kelajuan tinggi. Dengan bantuan fasiliti corong angin terkini, X-Fifteen telah mencatatkan pengurangan tegasan sebanyak 6.1% dan
lift reduction sebanyak 1.6% berbanding dengan model sebelumnya, menjadikannya pilihan yang ideal untuk penunggang yang mencari prestasi cemerlang pada kelajuan sehingga 350 km/jam.
X-Fifteen dihasilkan daripada Kulit Matriks Terpadu Advanced Multi-Ply Plus (AIM+) yang merupakan bahan terhasil daripada kombinasi enam lapisan lightweight fiberglass dan serat prestasi tinggi. Ia sekali gus memberikan kekuatan dan ketahanan kepada hentakan sambil mengekalkan kekuatan strukturnya.
Topi keledar ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri Penyerap EPS Multi-Bahagian/Multi-Ketumpatan, direka untuk memberikan perlindungan maksimum kepada kepala dengan menggunakan dense foam yang berbeza. Hasilnya, sebuah topi keledar yang lebih ringan dan kompak tanpa menjejaskan aspek keselamatan.
X-Fifteen menyediakan sistem ventilasi yang canggih, dengan tujuh lubang udara boleh ditutup dan enam lubang udara keluar, serta corong EPS yang lebih besar untuk memastikan aliran udara yang berterusan. Sistem penyejukan pad pipi yang diperbaharui memberikan keselesaan tambahan kepada penunggang.
Padding berbentuk poket dan lapisan yang boleh dikeluarkan memastikan topi keledar ini selesa dan sesuai dengan bentuk kepala penunggang. Mekanisme penyesuaian sudut yang berpaten membolehkan perubahan kedudukan helmet untuk meningkatkan kadar penglihatan penunggang.
Helmet ini dilengkapi dengan reka bentuk lens lock dua lapisan dan sistem kunci pelindung dua peringkat untuk kestabilan maksimum dan perlindungan tambahan. Mekanisme new trigger lock meningkatkan keyakinan penunggang dengan menghalang topi keledar daripada terlepas semasa kemalangan.
Harga dan Ketersediaan
X-Fifteen kini boleh didapati di Malaysia dengan harga runcit bermula dari RM2,850 untuk versi Biasa, RM3,350 untuk versi Grafik, dan RM3,500 untuk Riders Replica
. Pelanggan yang ingin mendapatkan sesi penyesuaian peribadi boleh melawat Gomoto Experience Lab untuk pengalaman yang lebih disesuaikan.Dengan menggabungkan teknologi terkini, reka bentuk yang aerodinamik, dan penekanan pada keselamatan dan keselesaan, Shoei X-Fifteen memang setara dengan helmet perlumbaan bertaraf tinggi. Pilihan yang sempurna untuk penunggang yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan mereka.
Sumber : Motomalaya.net
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.