Shell Malaysia Lancarkan Koleksi Eksklusif Kereta Kawalan Jauh, Star Wars™ Racers

Share

Menerusi kerjasama penuh di antara Shell dan The Walt Disney Company Southeast Asia, Shell Malaysia telah melancarkan koleksi kereta kawalan jauh  eksklusif Star Wars™ Racers.

Koleksi tersebut yang diinspirasikan oleh filem Star Wars turut menggabungkan inovasi Shell V-Power dan daya tarikan judul sains fiksyen itu.

Ia hadir dengan enam model kereta kawalan jauh yang menarik mengikut watak-watak terkenal Star Wars seperti Darth Vader™ Racer, Stormtrooper™ Racer, Darth Maul™ Racer, The Mandalorian™ Racer,Boba Fett™ Racer dan BB-8™ Racer.

Pada majlis pelancarannya, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata, “Sambutan terhadap koleksi eksklusif kami sangat menggalakkan. Pengguna Shell V-Power adalah antara yang paling bersemangat, dan kami tahu cerita Star Wars popular dalam kalangan peminat daripada pelbagai peringkat umur.

“Koleksi ini tidak hanya memuaskan peminat Star Wars, tetapi juga meraikan semangat komuniti ini. Kami berharap peminat-peminat akan teruja apabila berlumba sesama mereka dengan koleksi baru ini,” tambahnya lagi.

Shell Malaysia juga memberi penekanan kepada inovasi dengan menggabungkan reka bentuk fizikal kereta kawalan jauh dengan versi digital melalui aplikasi Shell Racing App. Dengan keupayaan kawalan Bluetooth dan bateri pintar dari Koleksi Shell Motorsports tahun sebelumnya, pengguna dapat menikmati pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi.

Bermula 6 Oktober sehingga 19 November, setiap model kereta kawalan jauh Bluetooth eksklusif akan dilancarkan setiap minggu, eksklusif di stesen minyak Shell seluruh negara. Koleksi Star Wars™ Racers, kecuali model Darth Vader™ Racer, boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing. Bateri Bluetooth boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minimum, serupa dengan pembelian model kereta.

Darth Vader™ Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell. Pelanggan yang ingin melengkapkan koleksi ini boleh membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.

Bagi pengumpul dan peminat Star Wars, memiliki koleksi kereta lumba pertama di dunia ini pasti akan menambah nilai koleksi mereka. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta lumba ini di stesen minyak Shell, selagi stok masih ada. Jadikan pengalaman perlumbaan anda lebih epik dengan Koleksi Star Wars™ Racers Shell yang mewakili galaksi jauh!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi