Automotif

Satu Era Baharu bagi Ferrari di Malaysia Dengan Perkenalan Showroom Ital Auto Di Kuala Lumpur

Share

Ital Auto Malaysia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia, telah melancarkan showroom pertamanya di negara ini. Terletak secara strategik di ibu kota Kuala Lumpur, Four Seasons Place Kuala Lumpur, showroom baru ini direka khas untuk memenuhi keperluan pemilik Ferrari baru dan yang berpengalaman di rantau ini, selaras dengan pengalaman showroom Ferrari yang unik.

Sesi pelancaran rasmi Ferrari Ital Auto Malaysia telah dimeriahkan dengan kehadiran Dieter Knechtel, Presiden Ferrari Far East and Middle East Hub, Zahir Kelvin Ong Abdullah, Pengarah Eksekutif Ital Auto Malaysia Sdn Bhd, dan Damien Woo, Pengurus Besar Ital Auto Malaysia Sdn Bhd.

Showroom Ferrari Ital Auto Malaysia merangkumi 3,826 kaki persegi tanah terpilih, dengan dua ruang pameran, memberikan pentas untuk model-model Ferrari terkini dipamerkan pada sepanjang masa.

Setiap sentuhan di showroom ini, dari kaunter penerimaan ke lantai jualan, dikendalikan oleh duta yang berpengalaman tinggi dilengkapi dengan kelayakan untuk memberikan standard perkhidmatan yang sesuai dengan jenama Ferrari.

Terdapat juga paparan interaktif dan Brand Experience Video Wall yang unik untuk menyampaikan informasi kepada pengunjung tentang semangat dan usaha perlumbaan dan warisan sukan yang terkenal dengan Ferrari.

Lounge Pelanggan membolehkan pengunjung menikmati minuman kegemaran mereka dalam persekitaran yang mesra, dilengkapi spesifikasi Identiti Korporat (CI) Ferrari terkini.

Mengiringi kawasan lounge adalah Heritage Library, yang menawarkan pelbagai bahan bacaan yang dikurasi khas untuk menggembirakan peminat casual hingga peminat jenama yang paling obses.

“Malaysia adalah rumah kepada komuniti pemilik Ferrari yang bersemangat dan peminat jenama yang setia. Menubuhkan Showroom Ferrari Ital Auto Malaysia di Four Seasons Place Kuala Lumpur adalah penting bagi kami untuk memastikan Prancing Horse ikonik ini terus wujud dalam Kuala Lumpur, sambil memastikan fasiliti dan perkhidmatan kami memenuhi standard tinggi keunggulan automotif yang sinonim dengan jenama ini,” kata Zahir Kelvin Ong Abdullah, Pengarah Eksekutif Ital Auto Malaysia Sdn Bhd.

Semua kenderaan Ferrari yang dibeli dari Ferrari Ital Auto Malaysia disokong oleh jaminan sambungan tujuh tahun dengan Penyelenggaraan Asli untuk mengekalkan prestasi dan keunggulan yang menjadi penanda aras semua kenderaan yang dibina di Maranello.

Pemilik Ferrari di Malaysia boleh menikmati ketenangan fikiran ini di Pusat Servis yang didedikasikan dari Ital Auto Malaysia di Glenmarie, Shah Alam. Pusat bertaraf tinggi ini dilengkapi sepenuhnya dengan alat ganti asli dan peralatan Diagnostik Ferrari yang dioperasikan oleh Juruteknik Master Bertauliah dengan pengalaman lebih dari 10 tahun untuk memastikan standard tertinggi penyelenggaraan kenderaan.

Showroom Ferrari Ital Auto Malaysia dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang pada hari biasa, dan dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang pada hujung minggu. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji, lawati https://kualalumpur.ferraridealers.com atau hubungi 03-2303 9888.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan