
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan satu inisiatif baharu menerusi program Mforce.Cas, yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat Malaysia bagi pembelian motosikal elektrik terpilih.
Dilancarkan bermula 1 April hingga 30 Jun 2026, program ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, khususnya dalam situasi harga bahan api yang tidak menentu ketika ini.
Motosikal elektrik kini semakin relevan sebagai kenderaan harian, terutamanya bagi tunggangan jarak dekat seperti ke tempat kerja, sekolah atau urusan harian di kawasan bandar.
Selain menjimatkan kos, pengguna juga dapat menikmati pengalaman tunggangan yang lebih senyap, lancar serta mesra alam berbanding motosikal konvensional.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, motosikal elektrik menawarkan beberapa kelebihan, antaranya kos tenaga yang lebih rendah, penyelenggaraan minimum serta tidak terkesan dengan turun naik harga petrol.
Ini menjadikannya pilihan yang lebih ekonomik untuk kegunaan jangka panjang.
Kesemua motosikal elektrik yang ditawarkan di bawah program ini telah mendapat kelulusan Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Ini bermaksud setiap model mematuhi piawaian keselamatan dan teknikal yang ditetapkan, selain layak didaftarkan serta digunakan secara sah di jalan raya.
Menerusi program ini, pengguna boleh menikmati rebat bagi beberapa jenama di bawah portfolio Mforce seperti EZI, ZEEHO, YADEA dan QJMOTOR.
Kesemua jenama ini menawarkan teknologi moden, kecekapan tenaga yang tinggi serta reka bentuk yang sesuai untuk kegunaan urban masa kini.
Mforce turut memastikan proses permohonan dibuat dengan mudah melalui platform dalam talian rasmi.
Pendaftaran adalah percuma dan kelulusan boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam sahaja. Setelah diluluskan, pengguna hanya perlu menunjukkan kod QR kepada pengedar sah untuk melengkapkan pembelian.
Langkah ini bukan sahaja memudahkan pengguna, malah mempercepatkan proses peralihan ke motosikal elektrik.
Secara keseluruhan, program Mforce.Cas bukan sekadar menawarkan rebat, tetapi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk beralih kepada mobiliti yang lebih lestari.
Dengan gabungan penjimatan kos, kemudahan permohonan dan sokongan terhadap teknologi hijau, inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah tepat ke arah masa depan pengangkutan yang lebih mesra alam.
Baca Juga : Mforce Perkukuh Sokongan Selepas Jualan Dengan Pusat Servis Berskala Besar
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.