Automotif

QJMOTOR ATX250, ATX250X Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga Dari RM12,388

Share

QJMOTOR Bawa Masuk ATX250 dan ATX250X, Lengkap TCS, ABS, Dashcam

QJMOTOR Malaysia secara rasmi mengumumkan kemasukan dua model skuter terbaharu, QJMOTOR ATX250 dan QJMOTOR ATX250X, ke pasaran Malaysia.

Kedua-dua model ini menandakan langkah agresif QJMOTOR dalam segmen skuter 250 cc, menawarkan kombinasi prestasi, teknologi moden dan ciri praktikal yang menyasarkan mereka yang ingin menggunakan motosikal ke tempat kerja serta pengguna motosikal jarak jauh.

Sebelum ini model ini telah diperkenalkan di China bersempena kempen TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign dan akhirnya ATX250 dan ATX250X kini dibawa masuk bagi memenuhi permintaan penunggang tempatan yang mahukan skuter berspesifikasi tinggi dengan nilai kompetitif.

QJMOTOR ATX250

QJMOTOR ATX250 ditawarkan pada harga RM12,388 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Tiga pilihan warna disediakan iaitu Shadow Black, Matt Grey dan Satin Silver.

ATX250 dikuasakan enjin 248.8 cc silinder tunggal, 4-injap, penyejukan cecair

, menghasilkan 18.5 kW pada 8,000 rpm dan 24.0 Nm tork pada 6,500 rpm.

Kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi automatik belt-drive, manakala sistem suntikan bahan api EFI memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan efisien.

Tangki bahan api berkapasiti 12.5 liter membolehkan jarak perjalanan yang praktikal, sesuai untuk ulang-alik harian dan tunggangan hujung minggu.

Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik, manakala bahagian belakang dilengkapi penyerap hentak gegelung dengan redaman minyak.

Sistem brek terdiri daripada cakera hadapan dan belakang, disokong ABS dwi-saluran bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Tayar bersaiz 110/80-14 (hadapan) dan 130/70-13 (belakang) dipadankan dengan rim aloi aluminium, memberikan kestabilan dan cengkaman yang diyakini.

Dari segi ukuran, ATX250 mempunyai panjang 1,990 mm, lebar 770 mm dan tinggi 1,160 mm, dengan jarak roda 1,360 mm.

Ketinggian tempat duduk 780 mm, “ground clearance” 150 mm dan berat basah 164 kg menjadikannya mudah dikendalikan oleh pelbagai peringkat penunggang.

Teknologi dan Ciri Keselamatan

Antara kelengkapan standard termasuk:

  • Paparan meter TFT digital

  • Lampu LED penuh termasuk DRL

  • USB Type-A dan Type-C

  • Sistem keyless, bike finder dan brek parkir

  • Traction Control System (TCS) boleh nyahaktif

  • Dashcam hadapan terbina dalam

  • Cermin angin boleh laras

  • Sambungan Bluetooth dan integrasi Carbit Ride

  • Ruang simpanan bawah tempat duduk dan poket hadapan

Turut ditampilkan ialah Advance Water and Air Separation System (AWASS)

, direka untuk melindungi enjin dan komponen elektrik daripada air dan habuk.

QJMOTOR ATX250X

QJMOTOR ATX250X dijual pada harga RM13,988, dengan peningkatan ketara dari segi suspensi, roda dan praktikaliti. Pilihan warna kekal sama iaitu Shadow Black, Matt Grey dan Satin Silver.

Model ini berkongsi enjin 248.8 cc yang sama, dengan output 18.5 kW dan 24.0 Nm, digandingkan transmisi automatik belt-drive, EFI serta tangki 12.5 liter.

Perbezaan utama ATX250X ialah penggunaan fork hadapan jenis upside-down (USD), yang menawarkan ketegaran lebih baik serta kawalan lebih stabil di permukaan jalan tidak rata.

Rim jenis jejari (spoke wheel) pula meningkatkan ketahanan, sesuai untuk penggunaan jalan bercampur.

Dimensi keseluruhan hampir sama dengan ATX250, namun ATX250X sedikit lebih tinggi pada 1,180 mm, memberikan posisi tunggangan yang lebih tegak.

Berat basah kekal 164 kg, dengan ketinggian tempat duduk 780 mm dan “ground clearance” 150 mm.

ATX250X mengekalkan semua ciri premium ATX250 dan menambah Travel Box sebagai standard, meningkatkan kapasiti simpanan untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.

Perbezaan Utama ATX250 vs ATX250X

  • Harga: RM12,388 vs RM13,988

  • Suspensi Hadapan: Teleskopik vs USD

  • Jenis Rim: Aloi aluminium vs Jejari

  • Travel Box: Tiada vs Standard

Waranti dan Ketersediaan

Kedua-dua model hadir dengan waranti pengeluar dua tahun tanpa had perbatuan

, serta sokongan alat ganti tulen melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.. Ia kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.

Diasaskan pada 1985, QJMOTOR merupakan sebahagian daripada Geely Group dan dikenali sebagai antara pengeluar motosikal berprestasi tinggi di China.

Pengambilalihan Benelli pada 2005 mengukuhkan kedudukan globalnya, dengan produk kini dieksport ke lebih 130 negara.

Dengan harga kompetitif dan senarai spesifikasi yang panjang, QJMOTOR ATX250 dan ATX250X muncul sebagai pilihan menarik dalam segmen skuter 250 cc di Malaysia.

Baca Juga : Mforce Perkukuh Sokongan Selepas Jualan Dengan Pusat Servis Berskala Besar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi