
Sebagai antara SUV paling laris di Malaysia, Proton X50 terus membuktikan pengaruhnya dalam pasaran dengan memperkenalkan pilihan warna baharu “Quartz Black” yang mula ditawarkan pada semua varian bermula April 2026.
Model ini hadir susulan sambutan luar biasa terhadap edisi khas X50 Black Edition sebelum ini, yang habis terjual dalam tempoh singkat.
Jelas, permintaan terhadap model bewarna hitam ini merupakan satu pilihan yang semakin menjadi keutamaan pembeli.
Dalam dunia automotif, warna hitam sentiasa sinonim dengan elemen sofistikasi dan autoriti. Berbeza dengan warna lain yang datang dan pergi mengikut trend, hitam kekal relevan merentas masa.
Untuk PROTON X50, warna Quartz Black memberi satu dimensi visual yang lebih agresif. Garisan badan yang tajam, rekaan hadapan yang sporty serta perincian seperti lampu LED dan kemasan krom kini tampil lebih menonjol. Secara keseluruhan, SUV ini kelihatan lebih “solid”, matang dan premium di atas jalan.
Selain faktor gaya, warna hitam juga sering dianggap pilihan paling selamat dari sudut nilai jual semula. Permintaan yang konsisten menjadikannya antara warna yang sentiasa “laku” dalam pasaran terpakai.
Dalam konteks ini, Quartz Black bukan sahaja menaikkan imej X50, malah memberi kelebihan praktikal kepada pemilik dalam jangka masa panjang.
Walaupun segmen SUV-B semakin sengit dengan pelbagai pesaing baharu, Proton X50 masih kekal sebagai antara pilihan utama rakyat Malaysia.
Pada Mac sahaja, sebanyak 3,265 unit berjaya dijual, menjadikan jumlah keseluruhan bagi suku pertama 2026 mencecah 7,571 unit. Angka ini menunjukkan peningkatan hampir 50% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Selain produk, PROTON turut memberi fokus kepada pengalaman selepas jualan bagi memastikan kepuasan pelanggan terus terjaga.
Antara inisiatif yang ditawarkan termasuk:
Pendekatan ini menunjukkan bahawa PROTON bukan sekadar menjual kenderaan, tetapi turut menitikberatkan keseluruhan ekosistem pemilikan.
Menurut pihak PROTON, X50 bukan hanya sebuah SUV, ia adalah refleksi gaya hidup moden. Pengenalan Quartz Black dilihat sebagai langkah memperkukuh identiti model ini dalam kalangan pengguna urban yang mahukan sesuatu yang ringkas, elegan tetapi tetap menyerlah.
Baca Juga : Proton e.MAS 7 PHEV Hadir Dengan Warna Baharu
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.