
Proton hari ini memperkenalkan Proton Saga Serba Baharu kepada pasaran tempatan, menandakan transformasi paling besar untuk sedan ikonik itu sejak nama “Saga” diperkenalkan hampir empat dekad lalu.
Pelancaran berlangsung di MITEC Kuala Lumpur dengan kehadiran Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menurut Proton, penghantaran kepada pelanggan yang membuat tempahan awal bermula serta-merta.
Saga generasi baharu kini dibina atas Advanced Modular Architecture (AMA), platform yang dibangunkan sendiri oleh Proton dengan pemilikan penuh Hak Harta Intelek (IPR). Ini menjadikan model ini antara projek kejuruteraan terbesar Proton sejak permulaan kerjasama dengan Geely.
Platform AMA mematuhi piawaian global dan membuka ruang kepada Proton untuk memperluas pembangunan model masa depan, termasuk potensi integrasi teknologi daripada ekosistem Geely.
Proton turut menyatakan rangkaian outlet 3S/4S seramai 164 fasiliti di seluruh negara akan menjadi tulang belakang operasi selepas jualan bagi menyokong Proton Saga Serba Baharu ini.
Saga baharu membawa bahasa rekaan yang lebih matang, dengan gril berinspirasikan sulaman songket — satu simbol seni warisan tempatan. Lampu hadapan kini menggunakan unit LED projektor penuh, manakala bahagian belakang mendapat lampu LED melintang yang memberi visual lebih lebar.
Dalam kabin, susunan panel dan kemasan dipertingkat untuk memberi rasa lebih moden tanpa mengorbankan identiti sedan mampu milik ini.
Saga ditawarkan dalam lima warna: Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White.
Di bawah bonet, Saga menggunakan enjin 1.5 i-GT baharu yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Proton menyatakan pulangan bahan api adalah serendah 4.9L/100 km mengikut ujian MDC.
Sistem EPS dipertingkat memberikan kawalan lebih tepat, manakala talaan Ride & Handling Proton memastikan karakter pemanduan stabil dalam pelbagai kondisi jalan.
Ciri keselamatan kini jauh lebih menyeluruh. Proton Saga Serba Baharu menerima:
Ini meletakkan Saga di kedudukan lebih kompetitif dalam segmennya.
Bahagian infotainmen menerima naik taraf signifikan dengan skrin paparan dwi-bersepadu 16 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara wireless.
Ciri tambahan termasuk lampu automatik, fungsi Follow-Me-Home dan pelarasan ketinggian lampu hadapan untuk kegunaan harian yang lebih praktikal dalam Proton Saga Serba Baharu.
Saga Serba Baharu ditawarkan dalam tiga varian:
Harga atas jalan (OTR) tanpa insurans:
Selepas rebat pelancaran RM1,000, harga dikurangkan kepada RM37,990 bagi varian Standard di Semenanjung Malaysia.
Program pemilikan turut merangkumi:
Proton turut memperkenalkan Fast Service, 1-Day Service Delivery dan kereta gantian jika kerja baik pulih melebihi tiga hari bekerja untuk melengkapkan pengalaman pemilikan Proton Saga Serba Baharu.
Baca juga: Proton e.MAS, EV Nasional Terus Jadi Pilihan Rakyat
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.