
PROTON sekali lagi mencipta sejarah dalam industri automotif negara apabila melancarkan Proton e.MAS 5, kereta elektrik (EV) mampu milik pertama di Malaysia. Pelancaran ini menandakan langkah besar PROTON dalam memperluas akses mobiliti elektrik kepada semua rakyat, seiring dengan visi nasional ke arah masa depan hijau dan lestari.
Dengan harga permulaan RM59,800 bagi varian Prime dan RM72,800 bagi varian Premium, Proton e.MAS 5 merupakan langkah transformasi PROTON ke arah elektrifikasi yang inklusif dan menyeluruh.
Sejak tempahan dibuka pada 4 Oktober 2025 dengan hanya RM99, Proton e.MAS 5 menerima sambutan luar biasa dengan lebih 5,000 tempahan direkodkan dalam tempoh kurang tiga minggu. Ini sekali gus menunjukkan keyakinan tinggi rakyat Malaysia terhadap jenama tempatan yang kini semakin kukuh dalam dunia kenderaan elektrik.
Pelancaran rasmi di Sentul Depot dihadiri oleh barisan kenamaan industri dan kerajaan, termasuk Tan Sri Syed Faisal Albar (Pengerusi PROTON), Dato’ Hairil Yahri Yaacob
Kehadiran e.MAS 5 melengkapi kejayaan Proton e.MAS 7, yang mengekalkan status sebagai EV No.1 Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut, dengan 6,655 unit terjual setakat September 2025. Dengan pegangan pasaran 24% dalam segmen EV nasional, Proton terus membuktikan kemampuannya memimpin perubahan ke arah elektrifikasi secara menyeluruh.
Menurut Zhang Qiang, pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan model baharu, tetapi memperkukuh ekosistem EV negara:
“Kami mahu memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang menikmati teknologi hijau yang selamat, moden dan mampu milik. e.MAS 5 bukan hanya sebuah kereta, tetapi simbol komitmen PROTON untuk membawa masa depan mobiliti kepada semua lapisan masyarakat.”
Proton e.MAS 5 dibangunkan dengan falsafah “praktikaliti tanpa kompromi”. Walaupun tergolong dalam segmen-B, ia menawarkan ruang dalaman seluas segmen-C, menjadikannya ideal untuk keluarga muda atau pemanduan dalam bandar.
Bateri CATL LFP yang tahan lama memberikan jarak pemanduan sehingga 325 km (WLTP), sesuai untuk kegunaan harian. Tambahan pula, pengecasan pantas DC mampu meningkatkan kapasiti bateri dari 30% ke 80% dalam hanya 21 minit, menjadikan perjalanan jauh lebih mudah dan efisien.
Di bahagian dalaman, suasana kabin direka dengan gaya minimalis moden dengan skrin tengah 14.6 inci Full HD dan paparan instrumen digital 8.8 inci
Tambahan pula, aplikasi mudah alih Proton e.MAS App membolehkan pengguna memantau status bateri, mengawal penyaman udara dan membuka kenderaan terus dari telefon pintar.
Aspek keselamatan menjadi tunjang utama pembangunan e.MAS 5. Ia dilengkapi 12 sistem bantuan pemanduan (ADAS) termasuk Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning, dan Blind Spot Detection. Struktur badan Star Armor Cage Structure pula meningkatkan perlindungan impak, manakala sistem bateri berlapis 3+2 Thermal Protection memastikan keselamatan optimum terhadap suhu dan hentaman.
Motor elektrik di bahagian belakang menghasilkan 85kW (114hp) dengan tork 150Nm, membolehkan e.MAS 5 memecut 0-50 km/j dalam hanya 3.9 saat. Dengan pacuan roda belakang (RWD) dan Global Traction Control System (G-TCS), ia menawarkan keseimbangan kawalan dan keselesaan yang jarang ditemui dalam segmen ini.
Jejari pusingan hanya 4.95 meter menjadikannya mudah dikendalikan di kawasan bandar dan tempat letak kereta yang sempit.
Untuk pelanggan terawal, PRO-NET memperkenalkan lima “Power Packs” bernilai sehingga RM8,000, termasuk:
Power Xchange – Tukar kenderaan lama dengan rebat RM2,000.
Power Online – 5 tahun data internet tanpa had (RM1,800).
Power Financing – Kadar faedah 1.98% selama 5 tahun (RM1,700).
Power Home – Pengecas rumah 7kW percuma (RM1,500).
Power Trade-In – Rebat tambahan RM1,000.
Selain itu, pelanggan turut menikmati waranti kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri dan komponen voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km, memberikan jaminan penuh sepanjang tempoh pemilikan.
| Varian | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak | 
|---|---|---|
| e.MAS 5 Prime | RM59,800 | RM62,800 | 
| e.MAS 5 Premium | RM72,800 | RM75,800 | 
Dengan rebat pelancaran RM3,000, harga efektif turun kepada hanya RM56,800 (Prime) dan RM69,800 (Premium) menjadikannya EV paling mampu milik di pasaran Malaysia ketika ini.
Dengan slogan “Freedom That Electrifies”, Proton e.MAS 5 mengukuhkan kedudukan PROTON sebagai peneraju mobiliti masa depan Malaysia di mana setiap rakyat kini mampu memiliki dan menikmati pengalaman pemanduan kereta elektrik sebenar.
Baca Juga : Kenali Proton eMas 7 – Kereta Elektrik Pertama Malaysia!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
