Automotif

Prestasi dan Inovasi, Kenali Keunikan Ducati Futa Dalam Segmen E-Road

Share

Dengan kemunculan Futa, Ducati menerokai dunia E-Road iaitu basikal dengan perincian bantuan pedal. Ducati memilih nama Futa sebagai penghormatan kepada lengkungan pusingan di antara Emilia Romagna dan Tuscany yang menjadi sebahagian daripada warisan penting dalam sejarah Ducati.

Futa bukan sekadar basikal bias kerana ia mencerminkan semangat sejati Ducati dengan fokus kepada reka bentuk, inovasi dan keseronokan. Ia juga memberikan kombinasi sempurna antara keselesaan dan prestasi yang luar biasa. Produk generasi terkini ini direka khas untuk menakluki jarak dan kecerunan yang di luar jangkaan.

Edisi Terhad Futa juga tersedia dengan hanya 50 unit bernombor dihasilkan. Mereka yang mencari kelengkapan standard yang lebih canggih, basikal ini juga lebih ringan, iaitu 12.2 kg untuk saiz M.

Kredit Foto: Ducati.com

Carbon Fibre Frame

Bingkai karbon fibre monocoque pada Futa dibina dengan geometri sukan yang memfokus kepada kecekapan, sambil mengambil kira aspek aerodinamik dan kelajuan.

Rangka belakang yang padat dengan sarung yang rendah, memberikan keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan rintangan aerodinamik. Segi tiga belakang yang rigid secara lateral memastikan penghantaran kuasa yang cekap kepada roda dan juga meningkatkan tindak balas basikal. Permainan warna livery yang menggabungkan kelabu dan hitam dengan sentuhan merah Ducati menonjolkan lagi rekaan bingkai ini.

Teknologi Berkemampuan Tinggi

Aplikasi FSA, boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan Android, membolehkan penunggang melihat statistik pemanduan, status bateri, dan status cas secara cepat dan mudah. Pengguna juga boleh memuat turun kemaskini perisian serta berhubung dengan pusat servis FSA di seluruh dunia. Bateri FSA 250Wh terletak secara sempurna dalam tiub bawah, dengan pilihan untuk memasang pengembang jarak tambahan 250Wh.

Pengendalian yang intuitif dan selesa diperolehi dengan pemilihan pengendali karbon UD yang boleh disesuaikan dalam tiga posisi. Ini membolehkan penunggang menukar kelajuan dengan mudah. Selain itu, basikal ini turut merangkumi kerangka karbon dan brek cakera 160 mm yang kuat dan modular.

Pemegang handle dalam serat karbon menawarkan keselesaan yang tinggi dengan lengkungan ke hadapan 10°, memudahkan penunggang untuk mendapatkan kedudukan yang selesa untuk bernafas.

Kredit Foto: Ducati.com

Roda yang kukuh dan berkualiti memberi kecekapan kayuhan yang baik, terutama semasa memecut basikal. Tayar Pirelli Cinturato Velo “tubeless ready” (35×700) menjanjikan cengkaman yang baik, keselesaan, dan ketahanan.

Harga bagi basikal ini bermula dari RM38,655 untuk model asas, namun basikal ini secara rasmi hanya berada di beberapa pasaran negara termasuk Indonesia, Eropah, UK, US, Filipina, Switzerland & Australia.

Ducati Futa bukan sahaja melangkah ke hadapan dalam pengalaman E-Road, tetapi juga memberikan keseronokan, prestasi, dan kecemerlangan yang dijangka daripada sebuah basikal canggih yang memenuhi cita rasa pengguna.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan