Porsche Asia Pacific melancarkan rangkaian Taycan serba baharu yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara.
Acara ini berlangsung di Pasir Panjang Power Station, Singapura.
Dalam majlis pelancaran tersebut, Porsche turut mengejutkan hadirin dengan penampilan istimewa Taycan Turbo S ‘Celestial Jade’, sebuah model khas yang dicipta melalui program Sonderwunsch.
Acara pelancaran ini benar-benar menghidupkan elemen-elemen ‘Performance, Design and Soul’ yang menjadi teras kepada Taycan baharu.
Dengan arena yang dihiasi ala landasan fesyen, Porsche melancarkan tujuh varian baharu kereta elektrik ini, termasuk versi Cross Turismo.
Setiap satu model menampilkan keupayaan yang lebih mantap dan reka bentuk yang lebih tajam.
Di akhir acara, Porsche memperkenalkan buat pertama kalinya Taycan Turbo S Celestial Jade, sebuah kereta istimewa yang direka khas melalui program Sonderwunsch.
Taycan baharu kini boleh didapati dalam dua varian – sport sedan dan Cross Turismo yang lebih berorientasikan pengembaraan.
Reka bentuknya yang “clean” dan minimalis kini lebih diasah dengan bahagian hadapan dan belakang yang diperbaharui, serta lampu depan dan belakang yang direka semula.
Lampu depan kini dilengkapi teknologi HD Matrix beresolusi tinggi yang memberikan grafik empat titik khas pada waktu malam.
Taycan juga dilengkapi motor elektrik baharu yang memberikan tambahan 80 kW berbanding model terdahulu, tetapi lebih ringan sebanyak 10.4 kg.
Ini menjadikan Taycan lebih pantas, dengan model asasnya mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.8 saat – 0.6 saat lebih pantas daripada versi sebelum ini.
Model ini mampu mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 2.4 saat, yang juga 0.4 saat lebih pantas daripada sebelumnya.
Fungsi baharu ‘Push-to-Pass’ dalam pakej Sport Chrono juga menambahkan elemen menyeronokkan, dengan memberikan lonjakan kuasa sementara hingga 70 kW untuk tempoh 10 saat, sesuai untuk pemanduan di bandar atau lebuh raya.
Baca Juga : Porsche Taycan Turbo GT – EV Produksi Paling Berkuasa Pernah Dibina
Apa yang lebih menarik adalah pengenalan Taycan Turbo S Celestial Jade yang memukau, hasil ciptaan khas melalui program Sonderwunsch.
Warna kenderaan ini menggunakan teknik ChromaFlair yang pertama kali digunakan pada model Porsche.
Menggabungkan dua warna unik ‘Urban Bamboo’ dan ‘Shifting Carbon’ yang memberikan kesan berkilau apabila dilihat dari sudut berbeza.
Selain itu, model ini turut dihiasi dengan logo khas ‘LongMa’.
Simbol legenda dengan kepala naga dan badan kuda, yang melambangkan kekuatan dan kemakmuran.
Perkataan Taycan yang berasal daripada perkataan Turki membawa maksud ‘jiwa kuda muda yang bersemangat’, dilancarkan sempena Tahun Naga 2024.
Harga bagi Taycan baharu bermula dari RM 575,000, dengan penghantaran dijangka bermula menjelang akhir 2024.
Taycan Turbo S Celestial Jade pula akan dipamerkan secara eksklusif di Porsche Studio Singapura sebelum memulakan jelajah Asia Tenggara ke Malaysia dan Thailand.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.