Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (Auto Performance), dengan bangganya mengumumkan kembalinya Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM) 2025 buat tahun kedua berturut-turut.
Kejohanan ini terus menjadi platform terbaik bagi pelumba maya berbakat dari seluruh negara untuk mengasah kemahiran dan membuktikan kebolehan mereka dalam perlumbaan simulasi berprestij ini.
Pendaftaran untuk PESCM 2025 akan dibuka bermula 20 Mac hingga 16 April 2025.
Kejohanan ini memberikan peluang kepada peminat sukan permotoran maya untuk menyertai pertandingan yang akan berlangsung dalam beberapa pusingan kelayakan bermula 12 April 2025.
Kejohanan ini juga memperkenalkan kategori baharu yang membolehkan peserta seawal usia 10 tahun untuk bertanding.
Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia juga bakal membuka ruang kepada generasi muda untuk mula beraksi dalam arena perlumbaan maya.
Bagi memastikan hanya pelumba terbaik mara ke pusingan akhir, tiga pusingan kelayakan time-attack akan diadakan.
Lebih menarik, pusingan terakhir akan berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) pada 8 Jun 2025 bersempena acara Porsche Carrera Cup Asia (PCCA).
PESCM 2025 dibahagikan kepada tiga kategori umur:
Menggunakan platform RaceRoom Racing Experience on Steam, kejohanan ini akan menjanjikan pengalaman perlumbaan maya yang mendebarkan.
Pusingan kelayakan akan dijalankan seperti berikut:
Pada 8 Jun 2025, para finalis akan berlumba dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, selari dengan acara perlumbaan sebenar Porsche Carrera Cup Asia (PCCA).
Ini merupakan peluang keemasan bagi pelumba maya untuk merasai sendiri suasana perlumbaan berprestij sambil memperlihatkan kemahiran mereka kepada dunia.
Bukan sekadar kemenangan, para juara PESCM 2025 akan berpeluang merasai pengalaman sebenar memegang stereng Porsche.
Pemenang di podium berpeluang memandu kereta Porsche sebenar di litar.
Bagi pemenang bawah umur 18 tahun, mereka boleh berkongsi pengalaman ini bersama ibu bapa atau penjaga.
Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter, menyatakan,
“Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh peserta pada tahun 2024 membuktikan keghairahan rakyat Malaysia terhadap dunia permotoran. Kami teruja untuk membawakan semula PESCM 2025 bagi meneruskan legasi dan menginspirasi generasi pelumba masa hadapan.”
Bagi yang berminat, pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat di https://pescm.porsche.com.my/.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan simulasi lumba paling berprestij di Malaysia!