Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (Auto Performance), dengan bangganya mengumumkan kembalinya Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM) 2025 buat tahun kedua berturut-turut.
Kejohanan ini terus menjadi platform terbaik bagi pelumba maya berbakat dari seluruh negara untuk mengasah kemahiran dan membuktikan kebolehan mereka dalam perlumbaan simulasi berprestij ini.
Peluang untuk Pelumba Muda: Pendaftaran Dibuka
Pendaftaran untuk PESCM 2025 akan dibuka bermula 20 Mac hingga 16 April 2025.
Kejohanan ini memberikan peluang kepada peminat sukan permotoran maya untuk menyertai pertandingan yang akan berlangsung dalam beberapa pusingan kelayakan bermula 12 April 2025.
Kejohanan ini juga memperkenalkan kategori baharu yang membolehkan peserta seawal usia 10 tahun untuk bertanding.
Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia juga bakal membuka ruang kepada generasi muda untuk mula beraksi dalam arena perlumbaan maya.
Ads
Format Kelayakan dan Kategori Umur
Bagi memastikan hanya pelumba terbaik mara ke pusingan akhir, tiga pusingan kelayakan time-attack akan diadakan.
Lebih menarik, pusingan terakhir akan berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) pada 8 Jun 2025 bersempena acara Porsche Carrera Cup Asia (PCCA).
PESCM 2025 dibahagikan kepada tiga kategori umur:
Junior Dreamers: 10 – 14 tahun
Young Dreamers: 15 – 17 tahun
Driven Dreamers: 18 – 25 tahun
Mekanisme Perlumbaan: Menguji Kecekapan Pemanduan
Menggunakan platform RaceRoom Racing Experienceon Steam, kejohanan ini akan menjanjikan pengalaman perlumbaan maya yang mendebarkan.
Ads
Pusingan kelayakan akan dijalankan seperti berikut:
Pusingan 1 (12 – 20 April 2025):
Sesi ujian masa selama 10 minit dari rumah atau di Porsche Centre pilihan peserta.
Pusingan 2 (Secara fizikal di Porsche Centre):
Porsche Centre Ara Damansara: 26 – 27 April 2025
Porsche Centre Johor Bahru: 3 – 4 Mei 2025
Porsche Centre Penang: 10 – 11 Mei 2025
Porsche Centre Sungai Besi: 17 – 18 Mei 2025
Pelumba akan menerima sesi latihan peribadi dan menjalani sesi ujian masa selama 10 minit untuk merekodkan masa terbaik mereka.
Pusingan Akhir Kelayakan (25 – 26 Mei 2025):
Di Bangsar Shopping Centre, hanya 10 pelumba terbaik dari setiap kategori akan dipilih ke perlumbaan akhir di Sepang.
Kemuncak Perlumbaan di Porsche Carrera Cup Asia (PCCA)
Pada 8 Jun 2025, para finalis akan berlumba dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, selari dengan acara perlumbaan sebenar Porsche Carrera Cup Asia (PCCA).
Ini merupakan peluang keemasan bagi pelumba maya untuk merasai sendiri suasana perlumbaan berprestij sambil memperlihatkan kemahiran mereka kepada dunia.
Ganjaran Istimewa Menanti Juara
Bukan sekadar kemenangan, para juara PESCM 2025 akan berpeluang merasai pengalaman sebenar memegang stereng Porsche.
Ads
Pemenang di podium berpeluang memandu kereta Porsche sebenar di litar.
Bagi pemenang bawah umur 18 tahun, mereka boleh berkongsi pengalaman ini bersama ibu bapa atau penjaga.
Inspirasi dan Visi Porsche Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter, menyatakan,
“Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh peserta pada tahun 2024 membuktikan keghairahan rakyat Malaysia terhadap dunia permotoran. Kami teruja untuk membawakan semula PESCM 2025 bagi meneruskan legasi dan menginspirasi generasi pelumba masa hadapan.”
Diskaun Tanpa Tuntutan, atau lebih dikenali sebagai NCD (No Claim Discount), adalah perkara yang sangat penting pada kenderaan dan juga duit poket anda. NCD berfungsi sebagai insentif kepada pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan terhadap polisi insurans mereka sepanjang tempoh tertentu.
Ganjaran ini merupakan pengurangan premium yang perlu dibayar semasa pembaharuan polisi, dengan kadar diskaun yang meningkat setiap tahun sehingga mencapai puncaknya pada 55%.
NCD diberikan secara automatik kepada pemegang polisi insurans kenderaan semasa mereka memperbaharui polisi mereka. Bermula dengan tiada diskaun pada tahun pertama, pemilik kereta boleh menikmati diskaun sebanyak 25% pada tahun kedua, meningkat secara berperingkat sehingga 55% pada tahun keenam dan seterusnya, selagi mereka tidak membuat sebarang tuntutan insurans.
Sekiranya tuntutan dibuat, NCD sedia ada akan terjejas. Contohnya, jika anda memiliki NCD 30% pada tahun ketiga dan terlibat dalam kemalangan yang memerlukan tuntutan insurans, NCD anda akan dikembalikan ke 0% pada pembaharuan berikutnya. Namun, terdapat pengecualian seperti kemalangan di mana pihak anda tidak bersalah (no-fault damage), yang mungkin tidak mempengaruhi status NCD anda.
Pembelian tambahan perlindungan cermin (windscreen cover) memungkinkan anda untuk membuat tuntutan kerosakan cermin tanpa mempengaruhi NCD anda. Tanpa perlindungan ini, tuntutan kerosakan cermin akan mengurangkan NCD anda.
NCD boleh dipindahkan ke kenderaan lain jika pemilik menjual kenderaan lama dan membeli yang baru. Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan pemindahan NCD, sama ada melalui pembatalan polisi, penggunaan NCD dari polisi yang telah tamat, atau pengeluaran NCD untuk kegunaan pada kenderaan baru.
Jika NCD tidak digunakan dalam tempoh setahun selepas anda menjual kenderaan, nilai NCD tersebut akan mula berkurangan setiap tahun sehingga habis. Ini menunjukkan kepentingan mengaktifkan NCD dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kerugian diskaun yang telah diperoleh.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dipertontonkan kepada umum ketika acara Bangkok Auto Show yang sedang berlangsung, Motosikal buatan Thailand yang dikenali sebagai Felo TOOZ menarik perhatian umum kerana saiz yang luar biasa dan mempunyai struktur yang hampir sama dengan Honda Goldwing. Lebih menarik, motosikal bersaiz gergasi tersebut merupakan sebuah motosikal elektrik dan mungkin merupakan motosikal elektrik yang terbesar di dunia.
Prototaip TOOZ ini dikatakan mempunyai jarak perjalanan sejauh 720km dengan sekali pengecasan dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 205 km/j meskipun mempunyai saiz fizikal yang agak besar.
Mempunyai ciri-ciri mewah seperti motosikal berkuasa tinggi yang lain, motosikal ini dilengkapi dengan panel instrumen TFT 12 inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar anda, mempunyai sistem audio 6 saluran, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), ABS serta sistem kawalan traksi.
Kredit Foto : Website bikesrepublic
Motosikal ini menyokong pengecasan TYPE2 yang membolehkan bateri dicas daripada 20% ke 80% hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Dengan menggunakan teknologi V2L, anda boleh menggunakan bateri motosikal untuk membekalkan kuasa ke rumah anda.
Menghasilkan motosikal di Thailand merupakan salah satu idea yang baik, kerana kebanyakan pengeluar motosikal terbesar di dunia sudah menghasilkan motosikal di sana. Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, BMW, Triumph dan Ducati semuanya menghasilkan sebahagian daripada rangkaian global mereka di negara tersebut.
Maklumat mengenai kapasiti dan jenis bateri motosikal ini masih belum di dedahkan namun mungkin pengeluaran motosikal ini bakal menjadi kenyataan dan bukan sekadar hanya prototaip.
Kredit Foto : Website bikesrepublic
Jangan lupa layari semua platform sosial Roda Panas untuk pelbagai informasi berkenaan isu automotif semasa, tips,Q&A dan reviu kenderaan yang menarik untuk tontonan anda!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dalam semangat Ramadan, GWM Malaysia hadir dengan tawaran eksklusif bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih bermakna kepada pelanggan baharu.
Sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Mac 2025, pelbagai ganjaran menarik menanti. Termasuk penyelenggaraan percuma, penjimatan hebat serta peluang memenangi percutian impian!
Tawaran Ramadan Eksklusif
Bagi memudahkan pemilik baharu, GWM Malaysia menawarkan pakej istimewa merangkumi:
5 tahun penyelenggaraan percuma (termasuk alat ganti dan kos buruh) untuk model GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300 dan GWM HAVAL H6 HEV.*
Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman rendah serta pengecas dinding rumah percuma untuk model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.*
Jaminan penuh kenderaan 6+2 tahun untuk GWM ORA 07.*
Jaminan 6 tahun tanpa had perbatuan untuk GWM TANK 300.*
10,000 km perbatuan percuma untuk GWM HAVAL H6 HEV.*
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Menangi Percutian dengan GWM TANK 300
Bagi peminat pengembaraan, GWM turut mengadakan kempen istimewa “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300” yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk memenangi baucar percutian bernilai RM888.* Seramai 25 pemenang akan dipilih, membolehkan mereka menikmati percutian idaman sama ada di kota atau mencabar laluan off-road.
Cara Penyertaan:
Pandu uji GWM TANK 300 di mana-mana pengedar sah GWM.
Ambil gambar bersama kenderaan dan perunding jualan, kemudian kongsi di media sosial.
Imbas kod QR yang disediakan dan hantar tangkap layar hantaran media sosial tersebut.
Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan GWM TANK 300 sebelum 31 Mac 2025 juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar percutian bernilai RM8,888! Lima pemenang bertuah akan dipilih dalam cabutan ini.*
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Komitmen GWM terhadap Pelanggan
Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, promosi ini adalah tanda penghargaan kepada pelanggan atas sokongan berterusan mereka.
“Kami mahu memastikan setiap pelanggan menikmati kepuasan dan keistimewaan memiliki kenderaan GWM. Dengan promosi istimewa sempena Ramadan ini, kami berharap dapat memberikan lebih banyak nilai kepada komuniti kami, terutama pelanggan Muslim yang menyambut bulan mulia ini,” katanya.
Jangan lepaskan peluang ini! Untuk menempah pandu uji dan mendapatkan maklumat lanjut, layariwww.gwm.com.my hari ini!
Honda Vario 125 : Dua Warna Baharu Matte Blue & Vibrant Blue
Boon Siew Honda memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk model skuter popularnya, Honda...