Pop-Up Store Cycle & Carriage Dibuka di 1 Utama Shopping Centre

Share

Selepas membuat kemunculan sulung di cawangan George Town, Pulau Pinang, jenama kenderaan  dari China yang sedang meningkat naik, Leapmotor, kini dibawa lebih dekat kepada warga Lembah Klang melalui pop-up store eksklusif oleh Cycle & Carriage di pusat beli-belah 1 Utama, sayap baharu (New Wing).

Pengalaman Imersif Tiga Bulan Penuh

Bermula 1 Ogos hingga 20 Oktober 2025, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat Leapmotor di ruang konsep seluas 1,184 kaki persegi, lengkap dengan aktiviti pada hujung minggu, sesi pandu uji dan pameran dua model utama Leapmotor C10

dan pratonton model Leapmotor T03.

C10 yang merupakan SUV flagship Leapmotor telah meraih pelbagai anugerah dan dijangka menjadi perhatian utama.

Manakala T03 tampil sebagai pilihan kereta kompak yang sesuai untuk pemanduan dalam bandar.

Komitmen Cycle & Carriage dalam Mendekati Pelanggan

Menurut Adrian Short, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia,

“Pembukaan pop-up store ini sejajar dengan matlamat kami untuk memperluaskan akses kepada produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

Ini adalah sebahagian daripada misi kami dalam menawarkan pengalaman perjalanan yang luar biasa kepada semua.”

Beliau menambah bahawa penglibatan aktif Cycle & Carriage bersama jenama di bawah Stellantis Malaysia

seperti Leapmotor dan PEUGEOT menandakan satu fasa baharu dalam strategi memperluas pilihan kenderaan kepada rakyat Malaysia.

Sokongan Dari Stellantis ASEAN

Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN menyatakan,

“Ini bukan sekadar pameran produk, tetapi satu sentuhan dinamik yang membawa Leapmotor dan PEUGEOT lebih dekat dengan rakyat Malaysia.

Ia adalah komitmen kami dalam inovasi, kebolehcapaian dan hubungan dengan pelanggan.”

Tawaran Istimewa Sempena Bulan Merdeka

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan, Cycle & Carriage menawarkan promosi eksklusif untuk 31 tempahan pertama bagi semua model Leapmotor dan PEUGEOT yang dibuat di pop-up store ini.

Peluang terbaik untuk menjadi antara pemilik terawal sambil menikmati pelbagai manfaat tambahan.

Lokasi & Maklumat Tambahan

Lokasi: Lot G316, Aras G (Luxe Floor), 1 Utama Shopping Centre (New Wing)
Waktu operasi

: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Pandu uji: Setiap hujung minggu & cuti umum (Leapmotor C10)

Untuk maklumat lanjut, layari www.cyclecarriage.com.my atau ikuti media sosial rasmi Cycle & Carriage di Facebook, Instagram dan TikTok.

Baca Juga : Cycle & Carriage Buka Pusat Servis Peugeot di Batu Caves

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi