Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dan Ford Malaysia mengambil langkah inovatif dalam industri automotif dengan melancarkan siri audio siar (podcast) eksklusif, “Ford Malaysia: Built for Life”. Siri ini, yang akan memulakan siarannya pada 28 Januari 2024 di Spotify, menandakan satu era baru bagi pengalaman automotif di Malaysia.
“Ford Malaysia: Built for Life” adalah hasil kreatif sepenuhnya dari Malaysia yang diterbitkan sepenuhnya oleh SDAC. Siri ini tidak hanya berfokus pada aspek teknikal kendaraan Ford Ranger, tetapi juga mengeksplorasi kisah-kisah di sebaliknya.
Dengan pendekatan bercerita dalam bentuk wawancara dan pengalaman pengguna Ford Ranger itu sendiri, siri ini bakal menceritakan bagaimana Ford Ranger telah menjadi lebih dari sekadar kereta malahan menjadi teman dalam kerja, rekreasi, dan kehidupan keluarga.
Siri ini menarik minat bukan hanya pemilik Ford, tetapi juga pakar dari berbagai bidang yang akan berkongsi tip dan cerita yang belum pernah diceritakan pada umum sebelum ini. JJ Fernandez, personaliti radio terkenal sebagai hos, musim pertama akan memuatkan enam episod yang disiarkan setiap Ahad selama enam minggu.
Setiap episod akan menyelami topik yang berbeza, daripada maklumat mengenai Kelab Ford Ranger Malaysia, pengalaman pemilik Ranger Generasi Baharu, hingga soal jawab dengan pelatih dan pakar sukan permotoran.
Personaliti media sosial dan pakar produk SDAC juga turut terlibat, bersama veteran media automotif yang akan berkongsi pandangan unik mereka. Episod terakhir akan menampilkan pakar daripa Ford Performance yang terlibat dalam rekaan dan pembangunan Ranger Raptor Generasi Baharu.
Selain Spotify, siri ini juga akan tersedia di saluran YouTube Ford Malaysia, ianya dapat memberikan pilihan bagi mereka yang lebih suka isi kandungan dalam bentuk video. Untuk informasi lebih lanjut tentang SDAC dan Ford, kunjungi laman Facebook, Instagram, Twitter, YouTube Ford Malaysia, atau website resmi mereka di www.sdacford.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kenderaan Rekreasi, Apa Yang Kita Perlu Tahu?

Lazimnya, rumah dan kereta merupakan dua perkara yang berbeza, satu untuk menetap dan satu untuk bawa kita bergerak. Sejak kemunculan kenderaan rekreasi (RV) atau motorhome pada tahun 1915 di Amerika Syarikat, ia menjadi satu cara baharu untuk manusia bergerak dalam keadaan selesa.

Di Malaysia, penggemar RV tidaklah meluas seperti di negara barat, namun tetap ada peminat yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk dapatkan motorhome impian mereka. RV sebenarnya terbahagi kepada beberapa segmen iaitu;
- Campercar
- Campervan
- Camper truck
- Camper lorry
- Camper bus
- Caravan
Sesuai dengan nama yang diberi, kebanyakan RV ini boleh diubah suai dan diberi sentuhan peribadi oleh pemilik masing-masing. Jadi, apa beza kesemua ini?

Pertama sekali, Campercar, ia merupakan kereta yang diubah suai (selalunya pada bahagian belakang kenderaan) untuk dijadikan tempat tidur (sofa bed), tempat masak dan mandi.
Bahagian penting yang perlu ada untuk tukar kereta anda menjadi campercar adalah tangki air, kipas, bateri mudah alih (lebih baik jika ada penjana kuasa) dan ruang simpan barang. Kadangkala ada pemilik yang tambah tandas mudah alih supaya lebih yakin untuk merantau jauh.

Seterusnya Campervan, segmen ini sesuai untuk jalan Malaysia kerana RV jenis ini sedikit kecil berbanding lori namun dari segi rupa tidaklah terlalu menyerlah. Antara campervan yang menarik perhatian adalah Airstream Interstate 24X, Jayco Terrain dan Ford Transit Trail.
Di Malaysia, peraturan pengubahsuaian kenderaan tidaklah terlalu ketat, kalau kita beli van biasa dan nak tukar ke camper van juga boleh tetapi harus mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan penguat kuasa.

Camper Truck pula menggunakan chasis 4×4 seperti Cam Caravan, Toyota Hilux dan Ford Ranger. Bagi yang mencari motorhome dengan pinjaman duit bank boleh mencari jenama Cam Caravan kerana tahun keluaran model ini masih tidak melebihi usia 10 tahun.

Dalam pada itu, Camper Bus dibina menggunakan chasis bas kerana rekaannya yang lebih panjang dan besar. Antara camper bus yang boleh disewa adalah Toyota Coaster dan Nissan Civilian. Kalau nak buat sendiri pun boleh, anggaran harga dalam RM 10,000 ke RM20,000 bergantung kepada situasi.

Selanjutnya, Camper Lorry atau Motorhome yang dibina di atas chasis lori merupakan segmen yang ramai orang biasa lihat dan gunakan. Banyak juga jenama yang mengeluarkan segmen camper lorry termasuk Toyota, Isuzu dan Volkswagen. Anggaran harga camper lorry di Malaysia dalam lingkungan RM70,000 hingga RM500,000.

Akhir sekali, Caravan. Motorhome jenis ini yang paling biasa disebut-sebut oleh orang ramai kerana ia cukup popular dalam filem, rancangan TV dan sebagainya. Caravan dianggap sebagai RV paling selesa kerana keluasan yang ditawarkan seolah-olah kita berada dalam rumah.

Namun, kelemahan kenderaan jenis ini ialah ia perlu ditunda oleh kenderaan 4WD atau SUV kerana Caravan tidak mempunyai enjin untuk bergerak sendiri dan juga pemilik perlu rancang perjalanan dengan lebih teliti kerana saiz caravan yang besar tidak ditampung oleh sesetengah jalan atau kawasan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
GAC GS3 EMZOOM Tembusi Pasaran Malaysia, Dari RM118,900

Isi Kandungan
ToggleGAC GS3 EMZOOM secara rasmi dilancarkan di Malaysia melalui WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), sebuah anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd. Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak kini tersedia dalam dua varian sepenuhnya dibina (CBU) untuk pasaran tempatan, iaitu GS3 EMZOOM Eksklusif dan GS3 EMZOOM Premium R.
Kedua-dua pihak baru-baru ini menandakan Permulaan Pengeluaran (SOP) untuk GAC GS3 EMZOOM yang dipasang sepenuhnya (CKD) di kilang Segambut, WTCA dengan upacara memotong riben hanya 13 bulan selepas projek perakitan tempatan itu diumumkan pada tahun 2023.
Berucap semasa pelancaran rasmi GAC GS3 EMZOOM, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd Tan Keng Meng menyebut respon positif orang ramai terhadap jenama GAC sebagai faktor motivasi utama bagi syarikat.
Warna, Harga Dan Jaminan, Okay Ke?
GAC GS3 EMZOOM ditawarkan dengn empat warna yang dinamik: Salt Lake Blue, Ivory White, Graphene Grey dan Super Star Silver dengan harga rasmi mereka adalah RM118,900 (Eksklusif) dan RM128,900(Premium R).
Bagi memperingati pelancarannya, WTCA menawarkan Pakej Pelancaran Khas kepada 2000 pelanggan pertama yang terdiri daripada:
- Tiga kali penyelenggaraan servis berjadual percuma termasuk buruh, bahagian dan pelinciran.
- Jaminan 7 Tahun/180,000km untuk Enjin & Kuasa Penggerak secara eksklusif untuk pemilik pertama yang berdaftar kenderaan selain daripada jaminan standard 5 tahun/150,000km.
Pendaftar awal juga akan menerima GAC Smart Watch Key terhad secara percuma, yang berfungsi seperti kunci kereta asal dengan ciri-ciri hubungan tambahan jam pintar.
Menarik, Bagaimana Dengan Prestasi GS3 EMZOOM?
GAC GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5 liter empat silinder yang menghamburkan kuasa 177PS dan tork 270Nm, terbaik dalam kelasnya.
Output ini disalurkan ke roda depan melalui transmisi dwi-kopling basah tujuh kelajuan (7WDCT). Powertrain yang cekap ini membolehkan pecutan 0-100km/j dalam masa 8.0 saat sambil mengekalkan purata penggunaan bahan api sebanyak 5.9 liter setiap 100km (kitaran NEDC). Selain itu, enjin ini boleh dihidupkan dari jarak jauh untuk pra-kondisi kenderaan menggunakan ciri ‘Remote Engine Start’.
Boleh Terangkan Pasal Rekaan GS3 EMZOOM?
Dari segi reka bentuk luaran, GAC GS3 EMZOOM lebih diperkukuhkan dengan Gril Mecha Wing ikonik, lampu hadapan Laser Eye Split LED, dan pegangan pintu elektrik tersembunyi yang memberikan kenderaan satu nilai futuristik dan aerodinamik. Bahagian depan yang dinamik dipadankan dengan bahagian belakang oleh lampu belakang Light Dart dan spoiler belakang sporty, rim aloi 18-inci pula melengkapkan penampilan pada kedua-dua varian.
Dalam pada itu, GS3 EMZOOM Premium R dilengkapi dengan pakej rekaan R yang menarik dan mencuri perhatian serta Ekzos Rekaan Gaya R yang memberikan rupa estetik yang lebih tegas sambil meningkatkan panjang keseluruhan SUV kompak kepada 4,446mm berbanding 4,410mm pada GS3 EMZOOM Eksklusif.
Kedua-dua varian mengukur 1,850mm lebar dan 1,600mm tinggi, dengan bonet berukuran 341 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,271 liter kapasiti kargo maksimum dengan kerusi belakang boleh dilipat.
Dengan ciri-ciri paling panjang dalam segmen SUV kompak pada 2,650mm, GS3 EMZOOM menawarkan salah satu kabin yang paling luas dan selesa dalam kelasnya. Ruang dalam dilengkapi dengan hiasan dalaman dua tone biru dan hitam eksklusif dengan tempat duduk kulit. Pemandu diberikan titik sentuhan lebih mewah seperti stereng berbalut kulit pelbagai fungsi dan peralihan ke gear elektronik kristal.
Canggih Ke GS3 EMZOOM Ni?
Dari segi teknologi, ciri-ciri maju seperti sistem info-hiburan skrin sentuh 10.25-inci dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, sistem kamera pandangan keliling, brek letak elektronik dengan autohold adalah standard di pada seluruh model.
Eksklusif untuk GS3 EMZOOM Premium R, tambahan kawalan iklim automatik, penyesuaian kuasa enam hala untuk tempat duduk pemandu, pencahayaan ambien pelbagai warna, pengecas telefon pintar tanpa wayar, ekzos belakang pintu kuasa tanpa tangan, Bantuan Letak Automatik Fusion (FAPA) dan sunroof panoramik.
Bagaimana Dengan Ciri Keselamatan?
Keselamatan penumpang & pemandu dalam GAC GS3 EMZOOM diutamakan dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif serta Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) terkini yang membolehkan pemanduan autonomi Tahap 2.
Semua varian dilengkapi dengan beg udara hadapan dan sisi, brek cakera depan dan belakang, kawalan pegun depan, program kestabilan elektronik (ESP) dan pandangan titik buta sebagai standard.

Selain itu, Suite ADAS menyeluruh termasuk kawalan aktif cruise (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Pengenalan Tanda Trafik (TSR), Lane Departure Warning (LDW) dan Kawalan Had Kelajuan Pintar (ISLC). Bantuan Lampu Tinggi (HMA) dan Bantuan Letak Automatik Fusion tersedia dalam GS EMZOOM Premium R.
Datanglah ke bilik pameran GAC berhampiran anda untuk melihat GAC GS EMZOOM 2024 yang baru atau lawati laman web rasmi GAC Motor Malaysia di https://gacmotor.com.my untuk maklumat lanjut.
Baca: Pelan Pembinaan Lebuh Raya Baharu dari Tanjung Malim ke Lumut
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Keunikan Stesen Minyak Terapung di Tengah Sungai Amazon

Isi Kandungan
ToggleManaus, ibu kota negeri Amazonas di Brazil, terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang dikelilingi oleh hutan hujan Amazon yang luas.
Satu aspek unik yang menjadikan Manaus berbeza ialah sistem stesen minyak terapung yang beroperasi di sepanjang sungai Amazon.
Dengan kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh air sebagai laluan utama, stesen minyak ini menjadi nadi penting bagi penduduk tempatan, nelayan, dan kapal yang berlayar di sungai terbesar di dunia ini.
Mengapa Perlu Stesen Minyak Terapung?
Manaus terletak di tengah-tengah hutan Amazon, jauh dari rangkaian lebuh raya utama di Brazil.
Disebabkan akses jalan raya yang terhad, pergerakan di kawasan ini dilakukan melalui sungai, sama ada menggunakan bot kecil, kapal kargo, atau feri.
Oleh itu, kenderaan air ini memerlukan bekalan bahan api yang mencukupi untuk perjalanan jauh dan stesen minyak ini memainkan peranan penting.

Ciri-Ciri Unik
Struktur Terapung Sepenuhnya
Stesen minyak ini dibina di atas platform terapung yang diletakkan di tebing sungai atau di tengah laluan air. Ia direka khas untuk disesuaikan dengan paras air yang berubah-ubah sepanjang tahun, terutamanya ketika musim hujan dan kemarau di Amazon.Kemudahan Lengkap Seperti Stesen Minyak Biasa
Sama seperti stesen minyak di darat, versi terapung ini menyediakan pelbagai jenis bahan api termasuk petrol, diesel, dan minyak enjin untuk bot dan kapal. Beberapa stesen juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti kedai runcit kecil dan bengkel penyelenggaraan.Bekalan Bahan Api Secara Berterusan
Bahan api diangkut menggunakan kapal tangki yang membekalkan stok secara berkala bagi memastikan keperluan masyarakat setempat dan pelancong yang melalui kawasan ini sentiasa dipenuhi.
Kepentingan Stesen Minyak Terapung di Manaus
Menyokong Aktiviti Ekonomi
Ekonomi di kawasan Amazon sangat bergantung kepada laluan sungai.
Nelayan, pengusaha bot pelancong, dan pedagang yang menjual barangan ke perkampungan sekitar memerlukan bekalan bahan api yang cukup.
Tanpa stesen minyak terapung, operasi harian mereka akan menjadi sukar.

Pembangunan Infrastruktur Tanpa Merosakkan Hutan
Jika stesen minyak biasa dibina di darat, ia memerlukan penebangan hutan yang luas untuk membina jalan raya dan paip saluran untuk penyimpanan bahan api.
Dengan sistem terapung ini, keperluan infrastruktur darat dapat dikurangkan, sekali gus membantu pemuliharaan alam sekitar.
Memudahkan Perjalanan Jarak Jauh
Bagi sesiapa yang merentasi sungai Amazon dengan bot atau kapal kargo, mendapatkan bahan api boleh menjadi satu cabaran.
Kehadiran stesen minyak ini membolehkan mereka mengisi minyak tanpa perlu berpatah balik ke darat.
Cabaran Stesen Minyak Terapung
Walaupun inovatif, stesen minyak ini tetap menghadapi beberapa cabaran:
- Kos Operasi Tinggi – Penghantaran bahan api ke kawasan terpencil melibatkan kos logistik yang tinggi.
- Risiko Pencemaran – Jika berlaku tumpahan minyak, ia boleh memberi kesan negatif kepada ekosistem sungai Amazon.
- Keselamatan – Kawasan sungai Amazon juga terkenal dengan kegiatan lanun sungai yang boleh menjejaskan operasi sesetengah stesen minyak.
Konklusi
Stesen minyak ini merupakan satu contoh inovasi yang dibina sesuai dengan keadaan geografi dan keperluan tempatan.
Ia juga dapat membantu penduduk dan industri di kawasan sungai Amazon.
Dalam masa yang sama stesen minyak ini membuktikan bagaimana manusia boleh membangunkan teknologi tanpa merosakkan alam sekitar.
Dengan pemantauan yang ketat dan langkah keselamatan yang baik, stesen minyak ini berpotensi menjadi contoh bagi kawasan lain yang menghadapi cabaran geografi yang serupa.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Tips Sebelum Memulakan Perjalanan ke Kampung Halaman