Lambakan motosikal terpakai di pasaran dengan kondisi fizikal yang masih elok dan harga yang berpatutan menjadi faktor ramai pembeli memilih untuk membeli motosikal terpakai.
Selepas membeli motosikal terpakai, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu lakukan untuk memastikan motosikal berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan.
Penulis akan kongsikan beberapa pekara yang perlu anda lakukan sebelum dan selepas membeli motosikal terpakai.
Sebelum membeli motosikal :
1.Pemeriksaan Keselamatan:
Lakukan pemeriksaan keselamatan menyeluruh ke atas motosikal. Periksa sistem brek, tayar, lampu, isyarat, klac, dan segala komponen penting lain untuk memastikan semuanya berfungsi dengan betul.
Pastikan juga tiada kerosakan atau kecacatan yang ketara. Perkara yang paling dirisaukan adalah terbeli motosikal yang yang dibaik pulih semula selepas kemalangan. Bimbang jika terdapat keretakan pada casis motosikal tersebut.
2.Pastikan Motosikal Mempunyai Dokumen Lengkap
Dokumen yang lengkap sangat penting dalam urusan jual beli motosikal terpakai terutamanya Ketika proses penukaran hak milik kenderaan di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Isu ini kerap terjadi sekiranya anda membeli motosikal secara terus daripada tangan pemilik atau waris pemilik motosikal tersebut.
3.Periksa Sejarah Motosikal:
Ada boleh memeriksa status motosikal melalui balai polis atau JPJ untuk memastikan motosikal tersebut tiada unsur-unsur jenayah melalui nombor pendaftaran di dalam geran motosikal tersebut.
4.Lakukan Ujian Di Atas Jalan Raya:
Sebelum anda mula menggunakannya secara aktif, lakukan ujian jalan pendek untuk memastikan semua sistem berfungsi dengan baik dan motosikal itu mempunyai prestasi yang baik.
Selepas membeli motosikal :
2.Servis Motosikal:
Walaupun motosikal itu telah diperiksa sebelum pembelian, adalah baik untuk menghantar motosikal kepada bengkel bagi menjalankan servis menyeluruh. Ini akan memastikan semua minyak enjin, minyak brek, dan cecair lain bertukar mengikut jadual yang betul.
Servis juga akan membantu mengesan sebarang masalah tersembunyi yang mungkin tidak terlihat semasa pemeriksaan awal. Maklumlah semua komponen mekanikal berada di dalam enjin yang tidak dapat dilihat dan berkemungkinan terdapat komponan yang telah aus bergantung kepada usia motosikal tersebut.
4.Periksa Pelinciran Rantai:
Semak tahap pelinciran rantai dan tali getah. Jika perlu, lincir rantai dengan minyak rantai yang sesuai. Tidak sabar untuk menunggang motosikal idaman sehingga terlupa untuk memeriksa keadaan rantai boleh membawa keburukan.
5.Periksa Keadaan Bateri:
Periksa keadaan dan tahap cas bateri. Jika bateri kelihatan lemah atau usang, pertimbangkan untuk menggantinya.
Pembelian motosikal terpakai juga bergantung kepada nasib pembeli. Adakalanya selepas anda menggunakan selama dua minggu mula muncul tanda-tanda kerosakan pada motosikal tersebut.
Justeru, penulis cadangkan sebelum membeli motosikal terpakai, bawa bersama mekanik yang bertauliah untuk pemeriksaan yang lebih terperinci.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.