Bateri kereta adalah komponen utama dalam sistem elektrik kenderaan.
Dua jenis bateri yang biasa digunakan ialah bateri basah dan bateri kering.
Setiap jenis mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Dalam artikel ini, kita akan membandingkan kedua-dua jenis bateri ini dari segi ciri-ciri, kelebihan, kekurangan, dan faktor pemilihan terbaik untuk kenderaan anda.
Bateri basah, atau lebih dikenali sebagai bateri konvensional, menggunakan larutan asid sulfurik sebagai elektrolit.
Ia perlu diselenggara secara berkala dengan menambah air suling bagi memastikan aras cecair elektrolit mencukupi.
Bateri kering pula adalah bateri bebas penyelenggaraan (maintenance-free battery) yang menggunakan gel elektrolit dan direka supaya tidak perlu diisi air suling.
Ia lebih moden dan praktikal untuk pengguna biasa.
Ciri | Bateri Basah | Bateri Kering |
---|---|---|
1. Harga | Lebih murah | Lebih mahal |
2. Penyelenggaraan | Perlu tambah air suling secara berkala | Tidak perlu penyelenggaraan |
3. Jangka Hayat | Lebih lama jika dijaga dengan baik | Lebih pendek dan habis secara tiba-tiba |
4. Tahan Haba | Lebih tahan pada suhu tinggi | Kurang tahan jika suhu terlalu panas |
5. Kemudahan Penggunaan | Perlu pemeriksaan berkala | Hanya pasang dan guna |
6. Keselamatan | Berisiko tumpahan asid | Lebih selamat dan bersih |
7. Kesesuaian | Sesuai untuk kenderaan yang sering digunakan | Sesuai untuk pemandu yang mahukan keselesaan tanpa perlu selenggara |
Pemilihan antara bateri basah dan bateri kering bergantung pada keperluan dan gaya pemanduan anda.
Bateri basah dan bateri kering masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Jika anda mahukan bateri yang tahan lama dengan kos yang lebih rendah, bateri basah mungkin lebih sesuai.
Tetapi jika anda mahukan kemudahan dan tidak mahu bersusah payah menyelenggara bateri, bateri kering adalah pilihan terbaik.
Sebelum membuat pembelian, pastikan anda menyemak spesifikasi kenderaan dan memilih jenama bateri yang berkualiti.
Dengan pemilihan yang betul, anda dapat mengelakkan masalah bateri kong secara mengejut dan memastikan perjalanan anda sentiasa lancar
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : TDI Tuning Box Penyelesaian Ideal Untuk Pemanduan Lebih Berkuasa