++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Penghujung Era Nissan GT-R R35: Akhir Sebuah Legenda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 kembali membuka tirainya dengan penuh warna-warni, dan antara nama yang mencuri tumpuan kali ini ialah Nu Ideaktiv menerusi kolaborasinya bersama aplikasi interaktif tempatan, seeNI.
Menerusi inisiatif bertemakan #IdeaktivDiseeNI, pengunjung bukan sahaja disajikan dengan kepelbagaian aktiviti, malah turut diundang menyelami kembali kegemilangan dunia majalah tempatan dalam era digital baharu.
Mengangkat legasi jenama tersohor seperti Roda Panas, Media Hiburan, Rasa, Mingguan Wanita, Remaja, Maskulin, Pa&Ma, Bintang Kecil dan lain-lain.
Jenama ini pernah bernaung di bawah panji Grup Majalah Karangkraf, Nu Ideaktiv kini menjenamakan semula kandungan gaya hidup ini ke platform digital — lebih segar, lebih interaktif.
Acara ini berlangsung dari 23 Mei hingga 1 Jun 2025, bertempat di Reruai 10-04, Aras 5, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pelbagai aktiviti menanti para pengunjung.
Salah satu tarikan paling unik di reruai ini adalah peluang untuk para pengunjung bergambar dan menjadi wajah ‘kulit depan’ majalah secara digital.
Sama ada anda datang bersendirian, bersama keluarga atau rakan-rakan, pengalaman ini menjanjikan kenangan yang istimewa — seolah-olah anda sendiri menjadi selebriti yang menghiasi majalah terkemuka tanah air.
Nu Ideaktiv turut membawakan segmen podcast terkenal, Borak Popcorn, secara langsung dari lokasi acara.
Bagi peminat dunia perbualan digital, inilah ruang terbaik untuk menyaksikan rakaman secara langsung, bahkan berpeluang menjadi sebahagian daripada perbincangan.
Pada 25 Mei, jam 5 petang hingga 7 malam, segmen khas Hobby Talk menampilkan kolaborasi antara Maskulin dan Roda Panas, dengan kehadiran istimewa Mini Crawler Crew Malaysia yang akan berkongsi minat mereka terhadap hobi automotif berskala kecil.
Bagi yang ingin merancang lawatan ke reruai #IdeaktivDiseeNI, berikut adalah antara aktiviti yang telah dijadualkan:
24 Mei 2025
11.00 pagi – 1.00 tengah hari: Who Wants To Be A Superwoman
3.00 petang – 5.00 petang: Remaja Casting
5.00 petang – 7.00 petang: Pertandingan Mewarna GBK x seeNI
25 Mei 2025
12.00 tengah hari – 1.00 petang: Bicara Kesihatan Gigi Anak
5.00 petang – 7.00 petang: Hobby Talk (Maskulin x Roda Panas)
31 Mei 2025
11.30 pagi – 12.45 tengah hari: Dekorasi Cupcake Flora & Fauna
1.00 petang – 2.30 petang: Baik Pulih Perabot
1 Jun 2025
3.00 petang – 5.00 petang: Pertandingan Mewarna GBK x seeNI
Bagi mereka yang ingin mendapatkan info pantas serta berhubung terus dengan komuniti #Ideaktiv, anda boleh menyertai kumpulan Telegram rasmi di https://t.me/kliikjeideaktiv.
Di sini, segala maklumat berkaitan artis jemputan, jadual harian, dan pengumuman kejutan akan dikongsi secara langsung kepada para peminat.
Bagi penggemar dunia digital, majalah, gaya hidup, dan aktiviti kreatif, #IdeaktivDiseeNI bukan sekadar reruai — ia adalah satu pengalaman baharu menyemarakkan semangat penerbitan digital tempatan.
Jumpa kami di PBAKL 2025, dan jangan lupa untuk singgah ke segmen Maskulin X Roda Panas.
Mana tahu kita boleh review kereta atau motosikal anda nanti!